TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Monday, August 23, 2010

** `SAYA MENANG... :D~

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak jenguk  blog (mcm lama sgt jer...) akhirnya berkesempatan juga hari ni. Tup tup buka blog saya tersenarai antara pemenang Miakiddle Giveaway... ada rezeki di situ... Alhamdulillah... :)
Tak kira apa2 pun hadiah saya gembira!. Dan hadiah yg bakal saya terima nanti memang saya dah niatkan nak tujukan khas buat baby saya yang bakal lahir tak lama je lagi...:)

Owh buat masa ni tak dapat nak paste gambar... ada problem kat mouse punya right click. Tapi tak pe, bila dah boleh saya edit entry ni nanti...

Semestinya tak lupa untuk ucapkan terima kasih pada Momma Mia and her little sweety baby Damia yang telah memilih saya... :) Ni lah pembakar semangat and permulaan utk saya terus join any giveaway... :)
Caiyok! hehe...

p/s: kpd diri sendiri, selamat menerima hadiah... ;D







   Nukilan;

Thursday, August 12, 2010

** `ALWAYS THINKING ON HOW TO BE A GREAT MOTHER...~

Definitely it's about breastfeeding.....

Sepanjang masa saya tak lekang daripada memikirkan breastfeeding. Keputusan untuk menyusukan sepenuhnya memang keputusan terbaik dan saya memang membuat keputusan ke arah itu. Tapi, mampukah saya meneruskan penyusuan dengan sebaiknya dalam keadaan masa yang terhad? Sekarang, sepanjang mengandung saya berhenti kerja dan hanya berehat di rumah tapi tak kan selamanya saya hanya duduk di rumah tanpa bekerja...



Saya dah pun membuat keputusan untuk kembali bekerja dan suami bersetuju, itu pun selepas usia baby kami 6 bulan.  Ikutkan, susah betul nak dapat izin suami utk bekerja semula. Insya-Allah sepanjang tempoh 6 bulan pertama saya tak ada masalah utk menyusukan baby kami dengan cukup tapi macam mana selepas 6 bulan?... Oleh itu saya mula buat persediaan utk membeli breast pump. Dah lama search beberapa produk breast pump di internet tapi susah sikit nak buat keputusan utk beli yang mana. Barang yang belum pernah guna memang susah nak pilih mana yang terbaik. Malah, saya lebih suka utk melihat sendiri barang yang nak dibeli.



Semalam saya dan hubby ke KL semata-mata utk membeli CD utk baby kami. Sampai di booth, saya sempat minta penerangan secukupnya tentang breast pump yang ada dijual disitu walaupun waktu berbuka dah hampir sgt. Puas hati dgn penerangan yg diberikan.. dan saya mengambil keputusan utk membeli set yang dicadangkan. Tapi, ramai yang tak menggalakkan saya menggunakan breast pump jenis elektrik. Lebih baik guna yang manual kerana jenis elektrik boleh buat breast kita nampak cepat 'lenyut'. Sesiapa yang berpengalaman boleh tolong jelaskan?... Saya masih tertanya-tanya tentang statement ni.. Buat masa ni, saya masih dengan keputusan utk membeli set breast pump yang dicadangkan.



Miss seller tu juga ada mencadangkan saya sebuah buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya yang pada saya sangat bagus utk dibaca. Sempat juga selak-selak dan baca sikit-sikit sambil miss seller tu terangkan itu ini kepada saya. Cepat2 saya ambil dan beli buku tu. Dan saya akan mula baca buku ni hari ini juga dan nak habiskan secepat mungkin. Saya yakin buku ni dapat membantu saya utk menyusukan dengan lebik baik dan tanpa masalah memandangkan saya dah dengar ramai ibu yang tidak mahu menyusukan anak mereka dengan memberi bermacam-macam alasan. 



Saya berdoa dan berharap agar Allah permudahkan segala urusan hidup saya termasuklah dalam urusan penyusuan dan membesarkan baby. Semoga saya sentiasa kuat dan bersemangat, dan tidak putus asa kerana saya tahu penyusuan ni ada dugaannya. Tambahan ibu ayah dan suami sentiasa menyokong saya... Terima kasih yang tak terhingga buat kalian..

Love U All..... 







   Nukilan;

Wednesday, August 11, 2010

** `MARHABAN YA RAMADHAN~



Al-hamdulillah... bulan Ramadhan datang lagi. Kali ni saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menyambut puasa bersama suami tercinta. Kali pertama menyambut bersama-sama :). Rasa teruja dan seronok sangat bila dapat masak sahur utk suami. Walaupun masak simple je tapi yang penting bersahur.. dan suami puji saya masak sedap tau... :p kembanggg~ ekekeke...

Bukan setakat teruja sambut Ramadhan... Dek teruja juga nak sambut baby, kami sempat lagi pergi shopping keperluan baby kami. Habis shopping dalam pukul 11 malam sedangkan tempat shopping yang kami terjah tu tutup jam 10 malam.. hmm??... hehe... releks la... ramai lagi pelanggan yang masih ada kat situ siap jalan2 slow lagi... kami je yang terkocoh-kocoh.. Maklumlah, start shopping pun dah lambat.. Keluar je dari kaunter bayaran tu sempat lagi singgah Guardian pulak. Lambat pulak tutup Guardian nih... Apa lagi melayang lagi la RM suamiku... hehe

Balik rumah terus masak lauk ayam. Sayur masak pagi-pagi. Kononnya nak bangun pukul 4 tapi terlajak daa... Jangan tak percaya, saya sempat lagi bakar otak-otak. hihii... kenyang2... Siap makan, mandi dll, kami pun layanlah cerita upin ipin. kikikii... Ingat nak masuk rumah alam maya (blog) kihkih... tapi dah syok layan kartun.. Sudahnya sekarang ni la masa saya ke rumah alam maya ni... dan ehh........ mana kandaku ni?... La......... zzzzzzzzzzzz... hehe

Panjang pulak celotehnye ni. Actually, just nak ucap kepada semua pembaca Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga bulan Ramadhan kali ini membawa kita lebih dekat kepada Allah swt. Amalkanlah puasa dengan sebaik-baiknya seolah-olah bulan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir kita....

:)










   Nukilan;

Tuesday, August 10, 2010

** `KEPERLUAN BERPANTANG~

Setakat ni pencarian belum sempurna lagi. Peralatan2 mungkin dah cukup tapi bab ubat2 kalau ikut mak mertua memang tak lengkap lagi. Macam2 nama ubat/herba yang mak mertua ada sebut hari tu. Kebanyakannya tak pernah dengar. Yang kena sapu/lumur lain, kena makan lain, kena rebus dan minum lain, kena balut dengan bengkung lain, kena asap-asap pun ada... itu kalau betul2 ikut cara orang dulu2. Ish... Tak mau la banyak macam tu. Complicated sangat... Nak lengkapkan barang2 tu je kena standby at least RM500. Belum campur bengkung, param/pilis, jamu (mak mertua beria2 suruh makan sbb saya tak suka makan jamu..owhh...), ekstra supplement, breast pump, dll. Hari tu search untuk breast pump je dah RM 1000 lebih. Besar belanja tu. Pada saya yang asas pun sudah cukup. I'Allah sihat juga..

Plus, kalau ikut mak mertua kena pantang 100 hari. Hurmm...no komen yang ni. Zaman sekarang ni ramai ibu yang berpantang tak sampai 100 hari. Paling minimum 3 bulan. Ada yang belum habis pantang lagi dah keluar berjalan pergi family day.. fuhh tahannya badan. Saya ni tak tahu la mcam mana nanti. Tak kisah berapa lama yang ibu/mak mertua suggest untuk berpantang, yang penting sepanjang waktu saya dan baby sihat walafiat.

Berikut adalah senarai yang perlu disediakan sepajang waktu berpantang. Ada barang2 yang dah pun saya mention dalam entry yang lepas and kena continue la... Antaranya:

1) Tuala wanita
2) Stoking
3) Coli menyusu
4) Bantal menyusu
5) Breast pad
6) Bahan bacaan

Untuk barang seterusnya:






















                                                                          Ni contoh shj.




















 p/s: Gunakan pelampung yg bulat tu ye... Jgn yg petak belah atas tu plk...kihkihkih.....



Ni sahaja keperluan yg saya jumpa drpd bahan rujukan. Rasanya dah cukup tapi tak tahu la klu ada ekstra keperluan yg perlu disediakan. Tapi, saya still rujuk mana2 sumber... Hope dapat sediakan semua keperluan secepat mungkin so tak ada la kelam kabut nanti...







   Nukilan;




Thursday, August 5, 2010

** `TO ALL MOMMY PREGGY~

Seronoknye nak jadi mummy kan? kan?... Memandangkan 1st time pregnant, maka sy banyak rujuk bahan bacaan di samping dapatkan nasihat ibu. Ibu kakitgn kesihatan jadi tahu banyak perkara.



Setelah semak2, tersedia sudah senarai/perkara yang perlu distandbykan (gaya bhs apa nie? hehe) dengan kadar segera. Entry kali ni is preparation semasa di hospital. Untuk selepas bersalin belum complete search lagi. Actually, sy dah draft kat word tapi bila nak publish kat blog asyik tak boleh je. Dari minggu lepas tak menjadi. At last copy paste je.. grrr......


So la ni, moh le kite share sama2... :)




Bagi para ibu:


1 Kad Pengenalan Diri



I/C la tu.. Jgn pandang remeh ye ibu2 sekalian. MyKad ni penting ms pendaftaran masuk ke wad bersalin. Klu tak bring i/c, phk hospital akan record tiada kad pengenalan diri. Huh.. sia2 je jd PATI nnt, hehe... So, standby la dlm beg siap2.







 2 Kad Pemeriksaan Kesihatan


Ni plk, buku merah yg kita dok bwk setiap kali pergi check up tu. Buku ni klu tak bwk, pening doktor dibuatnya. Silap2 kita kena marah sbb sgla maklumat kesihatan kita spnjg pregnant
ada dicatat dlm buku ni.



 3 Kad Insurans Kesihatan


Kad ni tak semua org ada. Mcm sy, sgla ttg insurans ni tak amik tahu psl ayah yg uruskan. Tu ms bujang dulu la. Skrg ni dah kawin pun tak tahu la. Tu antara ayah dgn encek hubby sy lah...hihiii... Tapi, bagi ibu2 yg ada sila standby siap2 dlm purse b’sama2 i/c anda. In case anything happen sng nak urus.



 4 Aksesori Rambut


Sebut aksesori mcm byk je.. Ni nak pergi hospital ke apa ni?..hehe. Penting jgk ni. Selain getah rambut yg dh mmg kita pakai, sbb pakai tudung kan, kena bwk jgk scaft or klip2 t’utamanya ms menyusu’n bayi nnt. Tak ada la kelam kabut nak susukan lg, selak2 rambut lg.. Haih.. ghimeh ye...



 5 Bantal Kecil


Bantal ni sgt berguna time ibu2 mengalami kesakitan kontraksi. Utk nak mengurangkan rasa sakit dan utk kedudukan yg lebih selesa, ibu2 boleh la peluk atau letakkan di belakang badan.. sbb selalunya bila dah start kontraksi duduk mcm mana pun serba tak kena. Jd, sekurang2nya bantal kecil ni dpt membantu.



 6 Tuala Muka



Tuala muka ni pun penting jg n sgt membantu time kontraksi. Setengah org peluh2 time tahan kontraksi jd blh la dibuat utk lap peluh. Sesuai jg klu nak basahkannya utk lap muka atau lap badan time lps bersalin nnt. T’utamanya bg ibu yg caesarean, ssh nak bergerak..



 7 Bahan Bacaan


Ini sgt pentg utk mengisi bila2 masa terluang. Bawalah bhn bacaan yg bermanfaat spt buku keibubapaan, buku bayi, dan yg lbh baik bawalah al-Quran. Ia lebih menenangkan kita sms proses melahirkan nnt n jg bayi di dlm kandungan. Lbh barakah...



 8 Gula2 Berangin


???... mcm x penting jek.. Tapi rasa mual n nak muntah ni blh t’jadi wlupn dh dekat nak bersalin. So, sumbat je la dlm beg. Bkn berat pun kan...;)



 9 Pakaian utk Pulang Ke Rumah


Yg ni jgn lupa la ye.. kang ada yg blk pakai baju hospital, x pasal2 kena tgkp ckp kte lari dr hospital plk.. hahaha... Seeloknya, baju yg kita pakai nnt is baju yg biasa dipakai ms kita preggy 6 bln. Yela, time ni badan pun blm btl2 kuncup lg. Jd pakailah yg sedang2 saja, tak kecik tak besar.



 10 Coli Menyusu


Of course kena bawa. Plg sikit 2. Nk selamat standby la lebih sbb kita tak tahu brape lama dok kat hospital. Senang nak menyusu’n nnt n selesa bg kita sbb bra ni mampu beri sokongan pd breast kita yg mungkin bengkak.



 11 Pad Payudara (Breast Pad)



Benda ni sgt penting utk mengelak’n susu drpd meleleh dan terkena pd baju. Tak de la kena tukar baju byk kali. Dlm keadaan kita lemah n tak bermaya tentu tak selesa nak tukar2 baju byk kali.



 12 Bantal Menyusu


Aha.. Jgn samakan bantal kecil td dgn bantal utk menyusu ni ye.. Bantal utk menyusu ni sgt2 penting kerana dpt kurang’n risiko sakit bahu dan belakang, sgt membantu t’utamanya bg mereka yg belum mahir dlm penyusuan..maknanya bg mereka yg baru dpt anak pertama, mcm saya...:).. Dan, sgt bermanfaat utk mereka yg melahirkan anak secara caesarean. So, nk bawa bantal besar mcm mana pun bawa la. Janji ia selesa buat kita. Jgn bawa sebesar kusyen yg kita buat duduk masa akad nikah udah la ye... eekekeke...



 13 Selipar


Awal fasa kelahiran kita digalakkan utk byk berjalan/bergerak bg merangsang bayi `turun’ dgn lbh cepat. Lagipun senang nak ke toilet. Hospital?.. tak de maknenye nk sediakan ye puan2. Kopak la kerajaan klu mcm tu sdgkan tisu pun tak disediakan (ni kat klinik la), ibu i yg bgtahu bila i complain klinik tak ada tisu. Mana taknye, kita wahai manusia ni bila masuk toilet je tarik tisu nak 10 ela..kihkih.. sbb tu peruntukan utk tisu tak dok. Hrp maklum la ye... Tp kat hospital kena la ada tisu. Klu tak ada payah2...

Hmm m’bebel pjg la plk... :)


Ok, next...?



 14 Stoking


Jgn lupa pakai stoking sebaik lps bersalin ye sbb kaki akn nampak pucat n rasa sejuk. Lps bersalin kn kekurangan byk darah jd perlu la pakai stoking utk buat kita rs hangat sikit..



 15 Tuala Wanita


Actually, phk hospital ada sediakan pad utk kita tp klu nak lebih selesa, bawalah pad sendiri yg khas utk bersalin punya, jenis overnight n ada perlindungan maksimum sbb awal2 slps bersalin darah yg keluar byk. Klu nak jimat blh je pakai yg hospital sediakan cuma kurang selesa sbb pad die bertali n agak longgar..



 16 Seluar Dalam Pakai Buang


Penggunaan’y amat praktikal t’utama yg bersalin secara caesarean sbb p’gerakan mereka ni terhad. Jd, drpd simpan seluar dalam yg dah dipakai eloklah pakai seluar dalam pakai buang ni. Lps pakai terus buang. Biasa’y bekas jahitan akan disapu ubat so tak adalah seluar dlm kita berbau.



 17 Alatan Mandian


Waduh.. brg2 ni klu tak bawa gawat siihh...
Ada sstengah hospital sediakan tp of course la kita lbh selesa yg hak kita kan... Tak payah byk2. Ckp sekadar ubat n berus gigi, syampu, cream bath, n pencuci muka. Elakkan bw sabun buku sbb nnt nak kena bawa plk bekas sabun. Plus, bila dah guna sabun tu mesti berair2 n leceh nak simpan. Habis basah locker. Jd, packing la dr sekarang, dlm beg kalis air. Mudah n tak m’jejaskan barang2 lain drpd basah jgk...



 18 Tuala Mandi


Semua maklum tuala mst la kena bawa kn. Sehelai je ckp tp bg yg caeserean eloklah bawa 2 helai sbb biasa’y tuala akn dibasah’n n lap badan kat atas katil sbb x larat nk jalan. Jd tuala akn cpt berbau. Besides, nak mandi wiladah lg perlukan tuala yg bersih.




Untuk si comel pulak:



1 Bakul Bayi



Nak mudah dan selesa, guna’n bakul bayi utk angkat bayi ms nak pulang ke rumah.







 2 Baju


Sediakan baju lengan pjg utk dipakai waktu pulang ke rumah nnt. Sstengah bayi yg lahirnya kecil , baju lengan pendek dah cukup tp lengan panjang lebih baik utk pastikan bayi kekal panas.



 3 Topi


Majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepala. Jadi pakaikanlah bayi topi utk pastikan suhu badan bayi kekal selesa.



 4 Stoking/Sarung Kaki


Sama juga la halnya dengan kepala tadi. Maka, pakaikanlah si comel stoking/sarung kaki utk memerangkap haba.



 5 Sarung Tangan


Seperti kepala dan kaki tadi, sama la fungsinya sarung tangan ni. Selain tu, dapat melindungi muka atau anggota badan bayi yg lain drpd terkena kukunya. Lazimnya, kuku bayi baru lahir ni panjang. Jd, pemakaian sarung tangan dpt elakkan drpd timbulnya kesan2 calar.

Auww...sakitt....

Tapi apa yg saya selalu tengok, tangan bayi2 selalu lopong tak ada sarung. Bukan tak dipakaikan, tapi sbb tangan diorg ni kecik sgt. Dipakaikan pun t’tanggal... Alo lo lo... tomey2...



 6 Selimut


Kebanyakan bayi suka apabila badannya dibalut. Tapi ada jg yg tak suka. Hepp.. melawan...:).. Selimut drpd fabrik receiving adlh pilihan t’baik kerana material’y sgt lembut n pd masa yg sama dpt kekal’n kepanasan tubuh bayi.

“Selimut sy lembut.. terima kasih” hehe...




 7 Lampin


Memang dah jadi kebiasaan, setakat bayi yg lahir masa ni semuanya dah dibelikan kain lampin. Kain lampin ni mmg penting n senang nak guna utk apa2 je. Buat popok pun ye, buat bedung pun ye, buat lap badan baby pun ye, buat balut baby lps mandi pun ye, ...apa lg?. Pendek kata semua boleh lah... Jadi, sangat lah penting utk kita sediakan. Uppss... utk para ibu yg jadikan kain lampin sebagai popok ( pakaikan mcm pampers tu..), pastikan kain lampin tak terkena tali pusat bayi. Kesian si comel tak selesa+gatal nnt. Berikan ruang udara pd bahagian pusat’y. Klu tak, t’perap dan lembap blh timbulkan jangkitan kuman n pusat lambat tanggal.



 8 Tisu Basah

Penting utk cuci nutnut bayi..:) Utk keselamatan, rendam’n tisu dgn air biasa sblm m’gunakan’y kerana sstengah kulit bayi sensitif dgn bahan kimia yg ada pada tisu basah tersebut even bahan kimia’y tak la kuat.. tp blh memudarat’n kulit’y halus mulus gitu...


 
 
Dan.....

Jangan sangka ibu dan bayi je tau... bapa juga ada:




1 Snek dan Minuman


Proses kelahiran mungkin ambil masa yg lama. Hubby plk mestilah ada sama2 dgn kita. Klu lama sgt tunggu mesti hubby kita akan lapar. Kesian hubby... Jadi, perlu sediakan hubby kita snek mcm... biskut, roti, air kotak, or what ever yg sewaktu dengannya.. So, tak de la hubby terpaksa tinggalkan kita semata2 nak pergi beli makanan. Buat’y waktu hubby tak ada waktu tu la baby nak keluar.. pulok.....




 2 Minyak Aromaterapi


Kelas antenatal menyarankan suami mengurut isteri terutamanya di bahagian belakang sewaktu proses pelahiran utk kurangkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jadi, sediakan minyak tersebut supaya hubby boleh buat mcm tu nnt.


“Abang, jap lg kita pi beli na...” :)




 3 Kamera atau Kamera Video ( video cam la tu..)


Of course lah kita nak rakamkan saat manis kita bergelar ibu dan bapa..
Jadi jangan la lupa bawa. Ralat nnt... Lagi2 bila tengok anak buat kali pertama lahir ke dunia, dengan gelagat dia yang menangis nnt, menggigil kesejukan, kehausan, semua lah....


“Hmm abang jgn rakam saya tengah meneran sudah la ye...:))..”








Ha ni la dia entry yang dah berhari-hari saya godeh-godeh. Punya la tak pandai nak convert dari word ke blog. Sekali copy, kan dah siap... Kepada you all yang ada extra information pasal entry ni share2 la ek...




Banyak lagi perkara yang belum buat. Ish... meleceh pulak. hehe... bukan meleceh tapi just slow research. Excited tu semestinya tapi tak nak la membazir. Nak sediakan yg betul2 perlu shj..


:)







   Nukilan;

Related Posts with Thumbnails