Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Friday, January 21, 2011

** `CONTEST - BABY MUKA BLURRR :)~


    DITERBITKAN OLEH:



Assalamualaikum..
Sambil minum air durian belanda petang2 ni, sambil syok menaip entry untuk contest ni. Kat kepala ni dok terbayang my son yang tengah gelak sakan bila diagah then tetibe berubah muka... :p
Bila diingat semula alkisah di sebalik gambar ni jadi tak tahan nak gelak. Sakit perut ketawa.

Ni la rupanya:

Toinggggg!

.....:D.....

Ni la my first son. Baruuu satu. he3

Namanya: Muhammad Asyraf Uzayr Bin Abdullah Umair.
Lahir pada: 28 Ogos 2010.
Nama ibu: Nur Zahurahani Bt Haji Tomingan.

Ayat Power: "Aisemennn walid, nape korek mmontot caye.. Caye tengah layan iyak ni ayakkk....."

Tag to: Kak Farhana Kak Anin Kak Salihah / Kak Uwa / Kak Mas 


Sekian, terima kasih. =)








  Nukilan;




** `"SELAMAT TINGGAL TUANKU" ~

Cess! Berani dikau berkata begitu???

Assalamualaikum. Huuuuu..... saya begitu sedih sejak belakangan ni. Emosi begitu terganggu disebabkan rambut! Lately rambut sangat banyak yang gugur. Time sikat rambut n mandi. Dua waktu ni bikin runsing. Kat bilik tidur pulak sana sini ada rambut. Saya fikir, mungkin sbb dah lama tak gunting rambut. Last buat treatment rambut masa awal2 mengandungkan Asyraf, trimester pertama masa tu. Sekarang Asyraf dah nak masuk 5 bulan. Rambut pun bila makin panjang makin senang gugur. (still thinking-tapi tak kanlah gugur sampai banyak mcm ni...) So, saya pun decided nak gunting rambut. Cadang dah lama tapi tak berkesempatan. Kebetulan semalam cuti jadi hubby pun bawa la saya ke salon (khas utk muslimah).



Kat kedai, bila bagitahu rambut banyak gugur, ni yg akak tu tanya:
"Anak tengah main air liur eh? menyembur2?"

Akak tu kata, time macam ni rambut memang akan gugur. "Hormon mula menurun" katanya lagi. "Nanti tak lama lepas tu rambut akan tumbuh n banyak semula".

Di samping tu akak tu cadangkan saya pakai tonik (tak berapa sure nak spell) utk kuatkan rambut tapi saya tak bercadang pun nak pakai. Stok kat kedai dia pun kebetulan habis.

Sedang berblogwalking semalam, saya ada baca entry kat blog Kak Zana. So, bertepatanlah dengan apa yang akak tu cakap. (Kak Zana, mohon share ilmu ye =))

Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal. 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan. Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.


Selain itu;


"mmg biasa dan normal.. kalau org tua kata start baby menyembur main air liur benda ni jadi.. Ni semuanya kerja hormon... sabar je la.. Cuma mungkin boleh kurangkan sikit je... jgn sikat rambut masa rambut basah, masa ni kulit kepala lembut.. so mudah tercabut.. Sikat rambut cara yg betul, jgn sentap2, mula dari bawah... Lain daripada tu, sabar je la... x lama sebulan 2 jek.. saya pun tgh alaminya ni.. mmg rimas sbb lantai penuh rambut.. "



Di atas ni adalah komen2 para pembaca forum berkenaan info rambut tu.

Saya juga ada dapat info bahawa buah pala dapat membantu mengurangkan risiko rambut gugur, selain dapat melembutkan rambut dan mencegah kelemumur.

Teringin nak tengok pokoknya yg tengah
berbuah lebat macam ni...


...tapi satu hal, tak tahu nak amalkan macam mana... ..???..

Apa pun, sekarang ni saya mula lega sebab dah tahu mengapa dan bagaimana caranya mengurangkan rambut daripada gugur. Alhamdulillah, lepas gunting rambut semalam, saya perasan rambut tak banyak dah yang gugur. Happy! Boleh senyum lebar semula. Mood nak buat kerja rumah dah kembali especially menyapu. =) Lepas ni pergi buat treatment rambut pulak, n....... kena rajin2kan semula diri utk trim rambut.

Dah boleh tarik nafas lega..... ;)







  Nukilan;







Monday, January 17, 2011

** `CONTEST - FOTO KIUT :)~

...Flying kiss satu... "mmmuaahhh!!" ;)


Assalamualaikum.

Aktif berblogwalking hari ni, hasilnya terjumpa contest ni. Moh le ramai2 join. Di sini: http://boingboingtoingtoing.blogspot.com/2010/12/contest-foto-kiut.html

Saya begitu teruja nak join contest ni memandangkan dah lama tunggu contest macam ni. B4 belum ada baby now dah ada baby. Tapi yang syoknya foto kiut ni tak ada had umur. Letak gambar sendiri la macam ni. hehehe


Ok ready,

Inilah dia my son, Muhammad Asyraf Uzayr Bin Abdullah Umair. Berumur 4 bulan 2 minggu 6 hari. :)

Semoga dapat mencuit hati penaja. Ameen...

Sekian, terima kasih.
=)







 Nukilan;




** `KISAHNYE NAK GUNTING RAMBUT.....~

Assalamualaikum. Actually apa yg saya nak story hari ni dah pun saya noted kan di fb saya. So, tak berapa rajin nak retyping maka sila la click pada Nak Berniaga Jangan Marah2 Kak..... (tajuk di fb).

Ambillah pengajaran drpd kisah saya ni. Senang je. Baca pada konklusi yang saya tulis. Itulah konklusi, itulah juga pengajaran (especially yg num 1).

Enjoy reading! =)







  Nukilan;

Friday, January 14, 2011

** `OHH CIKEDIS.....~

Assalamualaikum. Kawan-kawan serta parents makan apa je lunch hari ni? hehe... sure lepas ni ada mesej masuk.

Walaupun saya seorang pengamal gizi seimbang tapi kadang2 tu kemaruk nak makan cikedis pun ada jugak. Entah nape saya jadi crazy corntoz hari ni.


Ni dia snek yang saya gemari. Dulu lagi dah sukakan snek ni tapi tak de la heran sangat. Bila shopping nampak snek ni tak beli pun tak pe. Kelmarin shopping dah lalu area jajan2 tiba2 je hubby tanya. "Ni.. tak nak beli apa2 kat sini?" Saya main jawab je "Boleh la. Nak yang pink tu". Semalam baru bukak tapi makan tak habis. Gulung2-ikat-simpan. Then hari ni teragak nak habiskan. Tiba2 macam tak cukup pulak. Abanggg..... nak kopok ni lagi?..... :P

Tapi if tak beli lagi pun tak pe. Kesian baby Asyraf.. coz apa2 yang bonda makan Asyraf juga akan makan.., melalui susu. Tapi kalau dah beli...makan je la. ahaiii..... Yang penting mesti makan berat. Snek ni as selingan je...

=)







  Nukilan;

Tuesday, January 11, 2011

** `TAHUN BARU vs ASYRAF~


Assalamualaikum. Kawan2 apa kabar?... Selamat tahun baru 2011. Hajat nak cukupkan 100 entry pada 2010 tak kesampaian. Lepas lahirkan Asyraf jarang masuk blog. Kat mind ni ingat sentiasa tp bila dah berdepan dengan komputer jari ni jadi malas no nak click. Entah la nape. Bukak fb je..tu pun cepat2 offline. Kadang2 biar je fb tu dari pagi sampai petang. Tinggal gitu je pi buat kerja2 rumah, layan Asyraf, siap sempat tido lagi...hehe.....

Sekarang dah ikut suami ke Sepang. Buat masa ni kami betul2 survive. Ni dah minggu ke 3 suami di Sepang tapi saya di Sepang baru minggu ni. 2 minggu sebelumnya tinggal di Muar. Asyraf sampai demam. Risau jadinya sampai bawa Asyraf jumpa pakar. Dapat ubat demam+selesema, antibiotik, ubat mata sbb mata Asyraf pun nampak pink je. Sudahnya bila hujung minggu walid balik semua hilang. Demam dah tak de. Mata pun dah sihat. Ubat selesema memang bonda tak bagi sbb Asyraf tak selesema pun. Sepanjang minggu pun ada masa2 yang sepatutnya walid spend utk Asyraf tp walid tak da, haa.. masa2 tu la Asyraf merengek2... dia dapat rasa kekurangan. Tu pasal la minggu ni hubby bawa kami bersama ke Sepang. Walid pun kerinduan....:)

Asyraf sekarang dah 4 bulan lebih. Satu perkara yang bonda perasan, tangisan Asyraf dah mula kuat. Masa lahir dulu semua orang cakap nak dengar Asyraf menangis bukan.main.payah. Sekarang pun payah jugak. Tapi once dah menangis bersungguh betul. Banyak sebab yang boleh buat Asyraf menangis. Satu-bila haus. Asyraf kuat menyusu. Dari kecik bonda rajin suakan nipple kat mulut Asyraf sampai la sekarang ni dah pandai suckling sendiri. Every 1 n half hour bonda bagi susu even Asyraf tak mintak. Sekarang bila pantang pun dah habis, kerja rumah bertambah kadang2 bonda lambat bagi Asyraf susu sampai Asyraf yg mintak. Tu pun kadang2 bonda still lambat bagi. Bukan sengaja... Asyraf tetap sabar mintaknya cuma lately ni nampaknya tak boleh lambat sikit. Kuat la soundnya... Dua-bila kat rumah atuk nenek Asyraf tak boleh sorang2. Mesti nak nampak ada orang. Lagi2 atuk n nenek sbb mereka selalu dok agah2 Asyraf tu yang bukan main seronok Asyraf... Atuk nenek berjalan ke depan, ke dapur sampai terteleng2 tengok. Tiga-bila nak tido. Ni pening sikit dibuatnya. Mesti nak mengempeng even sebelum tu dah menyusu. Yang ni bonda n walid tengah dalam proses nak training Asyraf supaya kurangkan mengempeng. Mula2 bonda risau juga fikirkan maybe pengambilan makanan bonda tak cukup utk Asyraf tapi bila fikir balik, bonda makan banyak pun.. sedap mana pun Asyraf tetap nak mengempeng. Setakat ni yg bonda perasan la baru tiga kali Asyraf tido sendiri tanpa mengempeng. Lepas menyusu, bonda sendawakan Asyraf n letak Asyraf atas tilam. Asyraf diam je..sampai la tertido sendiri. Kalau tak selalunya nak empeng dengan bonda sampai la tertido dlm pelukan bonda. Empat-bila dah sedap2 meniarap tiba2 golek telentang semula then nak meniarap semula...tang tu yang menangis tu. Tapi tak la teruk. Macam geram gayanya... Lima-bila walid agah2 n dah seronok ketawa2 tapi walid tak angkat. haha... Tapi tak semua keadaan la Asyraf macam tu. Anak baik Asyraf ni. Dengar kata. Tu yang bagus. Banyak lagi perkembangan Asyraf yang menyeronokkan.

So far so good la. Cuma training yang bonda n walid buat ni buat kami sendiri tak sampai hati tengok Asyraf menangis2. Bonda buat macam ni pun sebab bonda nak Asyraf biasa bila bonda dah mula kerja nanti. Bonda tak nak Asyraf macam Abg Aiman.. dah sedap fulltime bf tiba2 je kena guna botol..whole day pulak tu. Without training..habis susut badan dia. Menangis berjam2 kat rumah guardian. Kesian sangat kat dia. Bonda tak nak Asyraf jadi macam tu. Kalau la ada tempat kerja yang bagi bonda bawak anak confirm bonda kerja kat situ...

=)







  Nukilan;

Thursday, December 16, 2010

** `SETAHUN SUDAH~

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kini usia perkahwinanku sudah mencecah setahun. Setahun aku hidup bersama suamiku, terlalu banyak perkara yang kami lalui bersama. Susah, senang, gembira, sedih bersama-sama.

Dalam tempoh setahun kami bersama, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat2 comel. Aku bunting pelamin. Dan dalam tempoh setahun juga kami tidak tinggal setempat secara tetap. Berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Bermula di Yong Peng, Temerloh, Kuantan, Senawang, Batu Pahat, dan kini di Parit Raja. Dengan perut yang semakin memboyot aku gagahkan juga, mengikut suami ke mana sahaja suami berada, demi suami tercinta. Akan datang mungkin kami akan berpindah ke Sepang. Insya-Allah.

Dalam tempoh setahun juga sudah banyak tempat kami pergi bersama. Meluangkan waktu bersama-sama. Mengambil peluang untuk saling mengenali dengan lebih mendalam. Menghayati dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Aku yakin, sehingga kini masih banyak perkara mengenai pasanganku yang masih belum aku ketahui. Begitu juga suamiku, banyak lagi perkara mengenaiku yang masih belum diketahuinya. Ta'aruf itu seumur hidup. Dan kami akan terus saling berta'aruf dan bermuhasabah bersama, memandangkan kami baru setahun bersama. Kata orang, baru setahun jagung.

Dan... dalam tempoh setahun ini jugalah, aku yakin bahawa aku telah banyak melakukan kesilapan terhadap suamiku. Kadang kala kita alpa. Sudah terbiasa dengan kehidupan sebelum kahwin di mana masa aku lebih banyak bersama parents. Mungkin juga ada percakapanku yang menyinggung perasaan suami. Tindakanku yang masih belum cukup matang dalam mengurus dan membahagi masa antara suami, anak, dan keluarga. Semasa dalam pantang, suami banyak mengurus diri sendiri tanpa aku di sisinya. Semasa akhir2 puasa Ramadhan juga begitu.. mengurus diri dan makan berseorangan tanpa aku kerana aku sudah sarat di rumah parents dan menunggu masa untuk bersalin. Sebenarnya inilah perkara yang paling sensitif dalam hidup aku, apabila aku terpaksa berjauhan dengan suami walaupun sehari. Tetapi aku redha.

Sepanjang kami hidup bersama, Alhamdulillah..... kami sentiasa bahagia dan aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan pasangan yang sesuai denganku. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat2 penyabar dan sangat2 memahami aku. Aku juga berdoa agar Allah mengurniakan kebahagiaan yang berkekalan kepada kami, rasa syukur dan keimanan dalam diri kami, anak yang ramai sepertimana kehendak suami sebagai hiburan dlm rumahtangga, rezeki yang berterusan, berkomunikasi yang baik2 yang membawa kami lebih dekat dan sentiasa mengingati diriMu Ya Allah... Semoga rumahtangga kami sentiasa berada di dalam jagaanMu. Ameen Ya Rabb..........

Suamiku, aku sangat menyayangi dan mencintai dirimu...
Terima kasih tak terhingga atas segala pengorbananmu selama ini...
Always miss and love. Love and love you more.....
=)







   Nukilan;
Related Posts with Thumbnails