Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Monday, June 22, 2009

** `KACANG SOYA~




 


Kacang soya semakin popular di kalangan pengamal makanan sihat sama ada dr Barat atau Timur.

Nk tau tak?, Antara kelebihan kacang soya ialah:

1. Ia merupakan makanan seimbang yg sgt baik dan lebih murah drpd daging, susu atau telur.
2. Ia mengandungi 50% protein bg setiap 100 g kacang soya, merupakan dua kali lebih kacang
tanah, 11 kali lebih drpd susu, dan tiga kali lebih drpd telur.
3. Ia kaya dgn bahan mineral seperti Kalsium, Sodium, Manganese, Magnesium, Iron, dan
Fosforus.
4. Ia juga kaya dgn Vitamin A, B, C, D serta Lesitin.
5. Ia blh dijadikan bahan pengganti susu bg bayi yg mempunyai alahan terhadap susu lembu.
6. Protein soya blh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
7. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua Asid Amino yg diperlukan utk membina dan
membaiki tisu badan yg rosak serta membekalkan tenaga.
8. Ia sgt baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
9. Ia mempunyai kadar lemak yg rendah dan kaya dgn protein, sesuai utk pesakit jantung dan
kencing manis.


Kesimpulannya, kacang soya sgt selamat, murah, berzat, dan sesuai bagi semua lapisan umur.






   Nukilan;

** `ANGKAT KAKI!~



 



Pasir jerlus sgt berbahaya dan dpt menyedut mangsa, termasuklah manusia ke dalamnya sehingga menyebabkan kematian. Namun begitu, sekiranya anda tidak sengaja terpijak pasir jerlus dan 'tersedut' ke dalamnya, jangan panik! Utk menyelamatkan diri, jgn meronta, sebaliknya angkatkan kaki anda perlahan2 dan baring secara terlentang. Dgn demikian anda tidak akn tenggelam ke dlm pasir maut itu!..
Berhati2 ya...;)..






   Nukilan;

** `PROOOOOTT...OOPPPSS...;p..~



 


Kita sedia maklum angkasawan terapung-apung di dlm pesawat mereka semasa berada di angkasa lepas. Tahukah anda, sebelum menaiki pesawat utk berlepas ke angkasa, mereka dilarang drpd memakan kacang, utk mengelakkan mereka drpd 'terkentut' kerana angin yg dilepaskan itu dapat merosakkan pakaian angkasa yg mereka pakai.
Alo lo lo..... gtu rupanye...







   Nukilan;

** `BERHENTI MENANGIS!~



Biasanya mata kita akan terasa pedih, atau berair setiap kali kita mengupas bawang merah. Ha, utk mengelakkan drpd 'menangis', apa yg perlu anda lakukan ialah membasuh dahulu bawang itu dgn air, ataupun kunyah shj gula getah (chewing gum) semasa mengupasnya. Cuba le...:)..








   Nukilan;

Friday, June 19, 2009

** `ORG BERBAHAYA YG BERBAHAYA...~



 


Bahaya jika seseorang merasa dirinya yang paling baik,
kerana semua orang akan dianggap jahat.

Bahaya jika seseorang merasa dirinya yang paling pintar,
kerana semua orang akan dianggap bodoh.

Bahaya jika seseorang merasa dirinya yang paling suci,
kerana semua orang akan dianggap kotor.

Bahaya jika seseorang merasa dirinya yang paling kuat,
kerana semua orang akan dianggap lemah.

Bahaya jika seseorang merasa dirinya yang paling kaya,
kerana semua orang akan dianggap miskin.

Paling berbahaya adalah,orang seperti itu yang merasa dirinya paling tidak berbahaya,
kerana semua orang akan dianggap membahayakannya...






   Nukilan;

** `MAKSUD PENAMPAR~





Ada seorang pemuda yang telah lama mengaji ilmu di luar negeri kembali ke tanah air.

Sesampainya dirumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiai atau siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Setelah menanyakan kepada orang ramai, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan seorang kyai di kampungnya itu. Mereka berdua pun berdialog ...


Pemuda: Saudara ini siapa? Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya nanti?.


Kyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.


Pemuda: Anda yakin? Sedangkan para sarjana dan banyak orang pintar yang saya temui tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Kyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya-allah.


Pemuda: Saya punya 3 pertanyaan ...
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?.


Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa marah kepada saya?!!


Kyai: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya tadi.


Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak faham, tolong jelaskan.


Kyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit!


Kyai: Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?


Pemuda: Ya


Kyai: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!


Pemuda: Saya ... hmmm, saya tak boleh.


Kyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.


Kyai: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?


Pemuda: Tidak


Kyai: Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?


Pemuda: Tidak...


Kyai: Itulah yang dinamakan Takdir


Kyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda: Kulit.


Kyai: Terbuat dari apa pipi anda?


Pemuda: Kulit.


Kyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda: Sakit.


Kyai: Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat mengazabkan untuk syaitan laknatullah.



Wallahualam.






   Nukilan;

** `SYUKUR DGN HATI, DGN LISAN...~






Org beriman ketika mendapat pelbagai kenikmatan dia bersyukur pada Allah yg mengurniakan nikmat itu.Bersyukur bermaksud memuji Allah yg memberi pelbagai kenikmatan dan kebaikan, termasuk rezeki makanan dan minuman yg diambil setiap hari.


Tetapi sekadar memuji Allah menerusi lisan, belum memadai. Ramai juga yg memuji Allah dgn lidah hanya ketika mendapat nikmat. Malangnya, pada masa yg sama masih bergelumang dalam kemaksiatan.


Drpd Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-Nya yg mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) slps makan dan minum." (Riwayat Muslim)


Syukur mempunyai syaratnya iaitu:
1. Mengakui nikmat itu dgn hati.
2. Mengucapkan dgn lisan iaitu mengucapkan Alhamdulillah.
3. Menggunakan nikmat itu utk melaksanakan ketaatan kpd Allah.

Yg jelas, syukur itu berkaitan dgn hati, lisan dan anggota badan. Segala nikmat itu dtgnya drpd Allah, bukan drpd yg lain. Oleh itu, gunakan nikmat allah ke jln yg diredhai-Nya, bukan utk perkara yg mendatangkan kemurkaan-Nya.






   Nukilan;
Related Posts with Thumbnails