Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, November 24, 2010

** `AQIQAH (Bahagian 2)~

Syarat sah aqiqah
  • Berniat untuk aqiqah.
  • Binatang sembelihan berkaki empat iaitu kambing, biri2, kibas, lembu, kerbau, dan unta).
  • Binatang sembelihan tidak cacat.
  • Dsembelih pada hari ke tujuh kelahiran anak atau pada waktu lain mengikut kelapangan atau pada bila2 masa sebelum anak tersebut baligh.
  • Binatang yang hendak disembelih cukup umur.

Sunat-sunat aqiqah
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.
  • Menyembelih pada waktu pagi (ketika matahari sedang naik).
  • Berdoa ketika hendak menyembelih.
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang ketika dimasak.
  • Daging aqiqah sunat dimasak untuk jamuan atau kenduri.
  • Memberi nama yang baik kepada bayi.

Hikmah aqiqah 
  • Tanda syukur kita kepada Allah kerana diberi kekuatan menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak.
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • Melepaskan penghalang kepada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka.
  • Mengikut sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil, dan tamak dalam diri.
  • Memulakan sifat seorang bayi dengan amalan yang baik.

Kawan2 semua, jangan abaikan amalan aqiqah ye..... kerana besar ganjarannya..............

(^_____^)






  Nukilan;

Thursday, November 11, 2010

** `AQIQAH (Bahagian 1)~

Assalamualalikum. Saya begitu busy on November ni. Tapi Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan nak post entry baru hari ni. Dan hari ni saya nak share dengan kawan2 semua berkenaan aqiqah.

Maksud aqiqah dari segi bahasa ialah: rambut di kepala kanak-kanak.
Maksud aqiqah dari segi syara' ialah: binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Hukum aqiqah ialah Sunat Muakkad (sangat2 digalakkan iaitu mendekati hukum wajib), melainkan apabila ia dinazarkan maka menjadi wajib.


Pelaksanaan aqiqah sama seperti ibadah Qurban, cuma daging sembelihan semasa aqiqah ini lebih elok dimasak manis terlebih dahulu dan dijamu kepada para tetamu. Bagi anak lelaki elok disembelihkan dua ekor kambing (seekor juga sah-mengikut kemampuan) dan bagi anak perempuan memadai dengan seekor kambing.

Tujuan aqiqah adalah untuk bertafa'ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokan kelakuan dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan. Tujuan yang sama (bertafa'ul) iaitu semasa memotong daging disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada Aisyah RA, maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota binatang dan jangan dipecah tulang-tulangnya". (Hadis riwayat al-Hakim).




Waktu afdal melakukan aqiqah adalah pada siang hari selepas terbit matahari dan merupakan hari ke tujuh kelahiran bayi. Jika ada halangan seperti hari ke tujuh tersebut jatuh pada hari bekerja, maka boleh dilakukan pada hari lain mengikut kelapangan ibu bapa.
Berkata Aisyah RA, maksudnya: "Rasulullah SAW mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ke tujuh, memberikan ke dua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)". (Hadis riwayat al-Hakim).

Ingat ye kawan-kawan, dalam hukum tiada potong jambul/majlis potong jambul, sebaliknya hanya mencukur rambut kepala.


---bersambung---


masa terhad la kawan-kawan...(^__^)






  Nukilan;

Friday, October 29, 2010

** `GELAGAT ASYRAF =)~

Semalam Asyraf genap 2 bulan. Bonda ada buatkan bubur merah tapi Asyraf belum boleh makan jadi bonda, atuk, nek hajah, n mak busu'k' la yang makan. =)... Walid tak ada.. Minggu ni walid kerja jauh. Tapi tak pe, malam ni walid balik. :))


Bonda tak sempat nak buatkan mini kek untuk Asyraf even bonda tahu Asyraf tak boleh makan lagi.. at least orang lain boleh makan.. memandangkan Asyraf demam. Hari ni dah hari ke tiga.

Sebenarnya pagi tadi bonda check suhu badan Asyraf dah turun, cuma ada lagi beza 2-3'C je dgn suhu badan normal tapi bonda saje tampal lagi bye-bye fever kat dahi Asyraf. Biar betul2 baik. Lewat malam tadi time bonda gantikan popok pun dah nampak demam Asyraf dah kebah.. siap sengih2 n borak2 dengan bonda lagi. :p

Yang bagusnya, walaupun tengah demam anak bonda ni tak moody pun. Alhamdulillah! Malah makin petang makin ceria n rancak berbual dengan bonda. Hilang rasa risau... terhibur jadinya...



Walaupun tak faham tapi seronok layan. Memang la... nama pun budak kecik. aaaaaa......aaaaaa..... bunyik dia.... :)) Geram betul tengok dia... rasa macam nak gonyoh2 je pipi dia tu... Nak cubit jangan cakaplah.. tak tahu dah berapa ratus kali. Gigit pun sudah.. hehehe

Insya-Allah, tengok gaya Asyraf macam dah sihat. Tapi tunggu nenek hajah balik kerja kejap lagi n check lagi sekali suhu badan. Biar Matron yang sahkan.. hehehe... Kalau Asyraf dah baik demam esok walid ajak kita jalan2 ke Melaka. yeayy..... bonda dia pulak yang excited =) Asyraf jangan demam lagi ok, nanti tak dapat pergi jalan2... hehehe






  Nukilan;




Thursday, October 28, 2010

** `DTaP-IPV/Hib UNTUK BAYI~


Selasa lepas saya bawa baby Asyraf ke klinik untuk check up bulan ke dua. Asyraf kena cucuk lagi. Kali ni suntikan yang diberikan mengandungi gabungan vaksin yang dapat melindungi bayi drpd lima jenis penyakit iaitu:

DTaP-IPV/Hib
(juga dikenali sebagai vaksin 5 in 1)
  • difteria (D)
  • tetanus (T)
  • pertusis (whooping cough) (aP adalah vaksin Pertusis)
  • polio (IPV adalah vaksin polio)
  • Hib (Haemophilus influenzae jenis b)
Vaksin ini adalah untuk bayi ketika berumur dua, tiga, dan empat bulan. Walaupun ia telah diuji berkesan dan dapat menjadi sistem pertahanan yang kuat dlm tubuh si kecil namun ia mendatangkan kesan sampingan. Anak kecil you all mungkin mengalami salah satu effects berikut:

Kesan sangat umum
  • Sakit, kemerahan, dan bengkak di tempat suntikan.
  • Cepat marah dan peningkatan menangis.
  • Demam.
Kesan biasa
  • Hilang selera makan.
  • Cirit-birit.
  • Muntah.
Jarang berlaku
  • Kejang+demam.
  • Floppiness.
Sangat jarang berlaku
  • Demam tinggi (lbh dari 40.5'C).

Saya difahamkan mulai tahun ini (2010), suntikan ini dimulakan. Sebelum ini suntikan yang diberikan adalah berasingan. Bagus juga. Tak ada la anak2 kita dicucuk banyak kali untuk vaksin berbeza.. dan dapat kurangkan kunjungan kita ke klinik. Walaupun ia 5 in 1 tapi vaksinnya sedikit je dan syringe pun kecikk je. Tomey...
-vaksin sebenar berwarna putih-

Mungkin sebab itu suntikan ni diberi tiga kali pada waktu yang berbeza.


Kesian Asyraf, kecik lagi dah demam. Panas badan dia. Moga Allah pelihara Asyraf dan Asyraf cepat baik ye sayangg... Ameen.....






  Nukilan;





Tuesday, October 26, 2010

** `JADI KOBOI???...~






Ahaaa... Yiiieebba yiiieebbaaa... anggre anggreee...
hehhehheee.....

Saya ke tu?? Ahhaiii.....

Maklumlah... sejak dah ada anak yang comel lote ni.. hikhik... banyak perkara yang saya buat kena cepat2. Macam koboi tu.. kenal tak? hehe... B4, apa2 yang saya nak buat boleh relax2, slow2 lagi but not now okie..

Bangun pagi je tak buat apa2 lagi dah ngadap Asyraf sebab Asyraf bangun awal. Then tunaikan apa2 yang patut. Time tu Asyraf dah tidur semula tapi selalunya lepas bangun pagi nak tidur semula bukan senang. Ambil masa lama. Sampai saya susukan Asyraf sambil baring dan apa lagi... tidur sekali... hehehe.
Kadang2 bila waktu dah lewat terpaksa tinggalkan Asyraf kejap. Menguwek2 la dia.. tapi tak kuat la, slow je. Sopan-santun gitu. Tapi kalau dibiarkan lama... ha faham2 la ye... hehe


 
-------------------------

aaauumm.. nyam2...

Banyak dah berubah sekarang. Mandi, makan, sidai baju, lipat baju, solat, surfing... eh nak jugaakkk... hehe.. Yela, nak berblog lagi kan... semuanya koboi..

Tapi itu semua tak mendatangkan masalah buat saya. Memang bagus pun pasal sebelum ni saya buat kerja memang lambat. Baik kerja rumah, homework, makan, kemas rumah, banyak lagi la. Tapi ibu selalu puji saya buat kerja kemas, cermat dan cantik. Waaa kembangg... hehehe, cumanya LAMBAT. Sekarang tidak lagi... :) Yela, plus nak urus suami, diri sendiri lagi, hmmm... kena belajar. Cuma.. penat sikit laa...

macam ni... hehe....

Rasanya saya kena ubah lagi schedule harian saya supaya lebih teratur dan tidak koboi.. hehehe... Yang penting bab tido makan jangan tinggal sebab baby minum susu badan. Pn. Ayu, pls take note k!

:))






   Nukilan;

Tuesday, October 19, 2010

** `PERIHAL RUMAH~


Sejak berkahwin, saya dan suami dah banyak kali pindah. Mula2 tu saya tak kisah sangat sebb belum lengkap beli barangan rumah n belum ada anak. Sekarang bila dengar kena pindah or road trip saya dah mula mengeluh. Nak angkat barang2 rumah dah memenatkan. Bajet utk lori lagi.. Tenaga.. Masa.. Sekarang dah ada anak, belum sekolah lagi boleh la..

Masa baru kahwin terus ikut hubby duduk Batu Pahat. Then ke Yong Peng. Next ke Pahang. Berbulan duduk hotel. Lama2 sopak jugak kulit kepala ni. Bila dah dapat rumah pun tak duduk lama. Pindah ke N9 pulak. Kat situ dah ada rumah, under office hubby. Ok la... And now, turun semula ke Batu Pahat. Fuhh sampai bila nak macam ni?. Lepas ni kalau tak permanent kat sini pun akan naik semula ke Pahang. Antara dua tempat ni. Kalau you all jadi i mana you all nak duduk or pilih?..

Walaupun mulut ni merungut (ala2 manje gitu... auwww~) bila kena pindah, tapi saya tetap nak ikut hubby. Rasa tak boleh jauh, mesti nak demam badan ni. hehe... Lagi satu, sifat saya yg fussy ni dari dulu tak ubah2. Bab rumah saya memang tak setuju kalau rumah sewa tu buruk @ banyak rosak, kecik, terletak kat taman perumahan yg kawasannya kecik, persekitaran suram, majoriti bukan kaum melayu, jauh dengan kedai @ bandar, dll... malas nak fikir apa lagi.. Tak tahu kenapa saya secerewet ni. Bukan tak satu Malaysia tapi ikut pengalaman, kawasan yg ramai cina diorang memang tak pedulikan kita sebagai jiran and ada yg tak tahu speak malay langsung. Yang majoriti india pulak, suasana memang huru hara. Suka pasang lagu kuat2. Pantang ada kawasan lapang diorang lawan2 bunyi motor kat situ. Kalau tak ada depan rumah pun jadi. Dok press kuat2... memang jiwa tak tenteram. Tambah lagi dengan group melepak. Habis satu kawasan tu diorang conquer.

Saya cakap kat hubby, kalau nak sewa rumah kita cari kat kawasan perumahan baru. Baru best. hehe... Sekarang ni sedang sibuk memikirkan rumah macam mana yg kami nak duduk nanti. Baik utk rumah sewa mahupun rumah tetap..


Banglo ka? 

+
+
+
@


satu tingkat ka?

+
+
+
@


Dua tingkat ka?

>> Klu utk rumah sewa hubby tak setuju sbb penat nak angkat naik turun barang2.. melainkan rumah tetap...
+
+
+
@


style rumah kampung ka?

>> Yang ni sampai pencen pun boleh duduk. Tak payah pindah2 dah...


Hmmm..... pikiaq.. pikiaq...kan lah....
(~.~)






   Nukilan;







Friday, October 15, 2010

** `BEST DAN TAK BESTNYA BERPANTANG...~






Time orang lain sedang seronok berhari raya, daku hanya duduk berlunjur, tak pun berbaring di rumah. uwaaa....... Almaklumlah dah nama pun berpantang. Tak boleh pergi jalan2. Family members yg lain keluar beraya tengok ajek. Hubby la yang setia meneman saya di rumah. :)

Ikut ibu pantang 44 hari dah cukup tapi mak mentua suruh pantang 100 hari. Tapi dalam tempoh tu banyak kali mak mentua suruh bawak baby ke rumahnya. Rindu cucu katanya... padahal katanya dalam pantang mana boleh keluar rumah. Huhu..... Sekali tu boleh la sbb aqiqah buat kat rumah mentua tapi kalau selalu masih belum larat la badan.. Ala tak pe, umi datanglah sini. Lagipun dekat aje.. Tak mo malu2 ah... :))

Start keluar hospital, sampai je rumah waahhh... besttt! Pasal apa...~
1.Dapat layanan macam puteri pulak. Nak apa cakap jek, orang lain tolong amikkan.. 2.Dapat rehat lebih sbb tak payah buat apa2 kerja. Dapat tido lebih jugak sbb my baby tido saje. Minum susu kena kejut, kadang2 je dia mintak.. 3.My baby jadi tumpuan semua orang dalam rumah... :p.. 4.Makan berhantar.. 5.Air mandian saya disiapkan.. 6.Berurut 7 hari.. sedapnya rasa badan... 

Hurmm yang tak best pulak...~
1.Asal siang je bising. Maklumlah nak raya time tu.. dok drill sana sini. Yang rumah sebelah pulak bertukang jadi my baby susah nak tidur. Asyik terkejut2 aje. My baby ni telinga nipis pasal tu la bunyi perlahan pun dia boleh terkejut dan terjaga.. even i tiup semut kat tangan pun dia terkejut. ish3...:) 2.Banyak benda yang tak boleh makan berbanding yang boleh makan.. 3.Tengok tv kena kawal, tak boleh tengok sembarangan cerita. Pulak time raya banyak cerita hantu dan yang tak berapa bagus moralnya.. 4.Tak boleh keluar jalan2.. dating? ahaks... 5.Nak bersimpuh tak boleh. Lunjur silang pun tak boleh. Bersila jangan cakap la... 6.Kena pakai param. Pilis ok lagi. Mula2 tu pakai bengkung pun kalau boleh tak nak... 7.Tak boleh baring mengiring. isk2... 8.Kena makan jamu. waduhh...

Hak2.. nampaknya perkara yang tak best lebih banyak daripada yang best. Apa pun saya tak kisah sangat pun sebenarnya. Kalau kata kena berpantang banyak2 kali lagi pun tak apa sbb kalau tengok kat uri my baby, me boleh mengandung lagi 13 kali. Means me boleh dapat 14 orang anak! Woww!! Ramai tuuu..... heheh.. Tapi kot ye pun, merancang itu lebih baik. Ye tak?.. :)

Ok lah dulu.. see ya~ (^_~)






   Nukilan;
Related Posts with Thumbnails