Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, November 24, 2010

** `AQIQAH (Bahagian 2)~

Syarat sah aqiqah
  • Berniat untuk aqiqah.
  • Binatang sembelihan berkaki empat iaitu kambing, biri2, kibas, lembu, kerbau, dan unta).
  • Binatang sembelihan tidak cacat.
  • Dsembelih pada hari ke tujuh kelahiran anak atau pada waktu lain mengikut kelapangan atau pada bila2 masa sebelum anak tersebut baligh.
  • Binatang yang hendak disembelih cukup umur.

Sunat-sunat aqiqah
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.
  • Menyembelih pada waktu pagi (ketika matahari sedang naik).
  • Berdoa ketika hendak menyembelih.
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang ketika dimasak.
  • Daging aqiqah sunat dimasak untuk jamuan atau kenduri.
  • Memberi nama yang baik kepada bayi.

Hikmah aqiqah 
  • Tanda syukur kita kepada Allah kerana diberi kekuatan menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak.
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • Melepaskan penghalang kepada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka.
  • Mengikut sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil, dan tamak dalam diri.
  • Memulakan sifat seorang bayi dengan amalan yang baik.

Kawan2 semua, jangan abaikan amalan aqiqah ye..... kerana besar ganjarannya..............

(^_____^)






  Nukilan;

Thursday, November 11, 2010

** `AQIQAH (Bahagian 1)~

Assalamualalikum. Saya begitu busy on November ni. Tapi Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan nak post entry baru hari ni. Dan hari ni saya nak share dengan kawan2 semua berkenaan aqiqah.

Maksud aqiqah dari segi bahasa ialah: rambut di kepala kanak-kanak.
Maksud aqiqah dari segi syara' ialah: binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Hukum aqiqah ialah Sunat Muakkad (sangat2 digalakkan iaitu mendekati hukum wajib), melainkan apabila ia dinazarkan maka menjadi wajib.


Pelaksanaan aqiqah sama seperti ibadah Qurban, cuma daging sembelihan semasa aqiqah ini lebih elok dimasak manis terlebih dahulu dan dijamu kepada para tetamu. Bagi anak lelaki elok disembelihkan dua ekor kambing (seekor juga sah-mengikut kemampuan) dan bagi anak perempuan memadai dengan seekor kambing.

Tujuan aqiqah adalah untuk bertafa'ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokan kelakuan dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan. Tujuan yang sama (bertafa'ul) iaitu semasa memotong daging disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada Aisyah RA, maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota binatang dan jangan dipecah tulang-tulangnya". (Hadis riwayat al-Hakim).




Waktu afdal melakukan aqiqah adalah pada siang hari selepas terbit matahari dan merupakan hari ke tujuh kelahiran bayi. Jika ada halangan seperti hari ke tujuh tersebut jatuh pada hari bekerja, maka boleh dilakukan pada hari lain mengikut kelapangan ibu bapa.
Berkata Aisyah RA, maksudnya: "Rasulullah SAW mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ke tujuh, memberikan ke dua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)". (Hadis riwayat al-Hakim).

Ingat ye kawan-kawan, dalam hukum tiada potong jambul/majlis potong jambul, sebaliknya hanya mencukur rambut kepala.


---bersambung---


masa terhad la kawan-kawan...(^__^)






  Nukilan;
Related Posts with Thumbnails