TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, March 31, 2010

** `TRAVEL LAGI...~


ngeng..ngeng..ngeng.....
:p


Malam tadi abang balik lambat lg. Biasa la minggu last ni mmg mcm tu. B4 turu abang bagitahu esok (today) abang kije half day. Petang nak gerak gi HQ kat N9 sbb sok abang ada meeting. Semalam pun abang ada bagitahu so dlm fikiran ni ikut abang la. Tapi mlm tadi abang ckp nk turun johor dulu hantar saya kat rumah parents+bermalam (mlm ni) n sok pg abang gerak gi HQ. Habis meeting abang balik semula. Mlm tadi tunggu abang balik kije saya sempat potong kuku, wlupun dah lewat mlm tp nak tahan drpd tido punya pasal... :)

Tapi saya fikir drpd abang hantar saya balik johor n abang pusing balik gi N9 better sy ikut abang je terus mcm meeting hari tu.. Habis meeting kita balik johor sama2. Lagipun weekend ni mmg abang nak balik kampung. So x da la abang kena travel lagi jauh.. klu x, pusing2 kan letih.. Abang ckp abang risau klu sy sakit2 badan sbb skrg ni pun dah mudah sakit pinggang. Masa 1st checkup+buat buku, doktor kata baby sy besar n kantong saya kecik. Tp tu semua bkn masalah sbb alhamdulillah baby n saya sihat. sakit2, lenguh2 tu biasa la...

Sekarang ni masih tunggu abang balik kije. Dah nak kul 3. Kije kat office sini blm settle lg. So tunggu je la. Baju pun blm sepenuhnya packing.. Hope abang agree dgn cadangan sy. Klu ikut cadangan sy sekali jln je x payah pusing2. Lagipun dekat2 dgn hotel tmpt kitorg stay b4 ada restoran yg buat roti canai yg sgt sedap. nyumm... hehe...






   Nukilan;

Tuesday, March 30, 2010

** `ADOIII SAKITTT...~

Minggu akhir setiap bulan adalah minggu yg paling saya x suka, sbb minggu ni abang begitu busy di office n sy apalagi.. keseorangan di rumah sampai malam. Semalam abang balik kije dlm kul 10.30. Dah mula mengantuk time tu tp tahan sbb nak tunggu sampai abang balik. Sengaja biarkan kain berlonggok lepas kering sbb nak lipat time malam sambil tunggu abang.

Kat Temerloh ni sangat la panas cuacanya. sampai sekarang nak buy air-cond x sempat2. Dlm bulan ni al-hamdulillah.. ada la turun hujan dalam 3 kali termasuk semalam. Petang semalam tgk cerita Na O Mei sampai x perasan kat luar hujan. Bila abang mesej, tengok kat tingkap dapur still x nampak hujan tp dah bau air hujan sbb time tu dah maghrib. Cepat2 tutup tingkap. Biasanya time nak tido baru tutup tingkap n sliding door sbb nak hilangkan haba panas.

Bila nampak lampu kete.. "abang balik! yes!!" .. Bila tengok muka abang kat pintu rasa lega sgt... dh x sorang2.. =)
Masak air nak buat air panas.. cepat2 habiskan lipat baju.. then lepak2 dgn abg sambil tgk tv. Tiba2 je...



.....X tahu nape tiba2 rasa denyut2 kat perut datang melanda..hehe... Blh tahan sakit jgk la.. mengiring ke kanan sakit.. terlentang, duduk pun sakit... berlarutan smpai la tengah malam.. susah nak tido... x tahu what happened dlm tummy ni... apa sbb baby meragam agaknya... kesian abang jaga saya sampai tgh mlm. Dah la balik kije lambat, letih, mengantuk, tp abang tetap jaga saya. Kebetulan kawan abang tumpang tido rumah mlm tadi. abang nak gi sambut kawan dia datang pun saya rasa x senang. X nak jauh dgn abang. bkn jauh no pintu rumah tu tp tu la... ntah la... tiba2 mcm org kurang kasih sayang.... at last ttido jgk, tu pun lepas abang urut n tepuk2 (sebijik mcm budak kecik!)... Tido pun x nyenyak. Pagi2 abang bangun mata ni masih tutup tp telinga dengar apa yg abang buat. Abang keluar je bilik terus segar bijik mata ni.. Bila abang masuk bilik semula, "abang kejutkan kawan.." Ohh... pejam balik mata ni... tp x lama sbb lps tu abang kejut. "kita gi hospital ye". Saya geleng kepala. Saya mmg suka gi hospital.. x takut.. klu demam, atau x sihat lg best terus gi hospital tp x tahu la nape kali ni x nak gi. Maybe mls nak bersiap kot... sbb badan rasa lemah.. "Abang nak gi kije hari ni.. nak ikut x?".. "hurmm x pe la... dok rumah je"... ni pun alasan orang mls nak bersiap. Bkn apa.. rs x sedap badan.. Dari mlm td abang dah mention nak bawak gi kije tp time tu x tahu nak jwb apa. ikut hati mmg nak ikut mana je abang gi...
Malas nak dok lama2 atas katil, terus bingkas bangun.

Pagi ni minum susu mcm biasa (dah start minum susu balik), banyak rehat je... tgk tv.. x byk buat kije... perut al-hamdulillah dah x denyut2 mcm mlm td. cuma sakit pinggang ckt.. apa pun al-hamdulillah x teruk mana...
Baby, walid pesan jgn naughty2 dlm tummy bonda ya syg...
=)






   Nukilan;

Wednesday, March 24, 2010

** `ASSABIYAH-AGENDA KUFFAR MENGHANCURKAN ISLAM.~



Assabiyyah merupakan ikatan yang mengikat bangsa Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Mereka sering bergaduh serta berperang antara satu sama lain semata-mata kerana ingin mempertahan puak masing-masing. Setelah Rasulullah diutus, baginda terus menghapuskan ikatan ini dan menyatukan manusia di bawah satu ikatan baru yang bukan sahaja dapat mengikat bangsa Arab, malah seluruh umat manusia. Siapa sahaja yang menyahut seruan Rasulullah, maka terburailah semua ikatan bangsa atau keturunan, walau antara bapa dengan anak sekalipun dan mereka hanya bersatu di bawah ikatan yang baru ini, yakni ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.



Ikatan akidah ini terus menjadi asas kepada hubungan antara Muslim selama beribu tahun, dari zaman Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah. Islam telah menyatukan bangsa Arab, Barbar, Rom, Parsi, India dan lain-lain dan menjadikan mereka ummatan wahidah (umat yang satu). Islam juga telah mempersatukan manusia tanpa mengira warna kulit, keturunan, bahasa mahupun status sosial. Semuanya disatukan berdasarkan kalimah yang sama dan digabungkan di bawah negara yang sama (Daulah Khilafah). Tidak diragukan lagi, kalimah tauhid inilah yang telah meruntuhkan semua sifat dan sempadan assabiyyah serta wathaniyyah yang telah membelenggu manusia selama ini. Dan ikatan suci tanpa sempadan inilah yang pihak kuffar Barat berusaha siang dan malam untuk menghapuskannya.



Dengan membelek lipatan sejarah, kita akan dapati bahawa pihak kuffar telah berusaha berabad-abad lamanya untuk menghancurkan Daulah Islam yang telah dibina dan berdiri kukuh di atas asas akidah yang telah dibawa oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Peperangan demi peperangan tak kunjung padam, bermula dari Perang Badar, Uhud, Ahzab, Mu’tah, Tabuk, Yarmuk, Qadisiyah, dan yang paling panjang, Perang Salib. Namun, semua usaha golongan kuffar untuk memadamkan cahaya Allah ini tidak mendatangkan hasil. Kekuatan Daulah Islam yang tiada taranya membuatkan musuh-musuh Islam akur bahawa Daulah Islam adalah satu kuasa yang tidak akan dapat dikalahkan. Hal ini berlaku tidak lain kerana kaum Muslimin memerangi kuffar semata-mata atas satu dasar yakni Islam. Kaum Muslimin dulunya adalah orang-orang yang hidup hanya untuk Islam dan sanggup menyerahkan jiwa dan raga demi Islam, bukannya demi assabiyyah atau wathaniyyah. Bak ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan “Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup.” Para mujahideen ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah dan bukannya berperang atas dasar bangsa atau tanahair.



Setelah gagal mengalahkan Daulah Islam, sebaliknya tersungkur di dalam banyak peperangan, golongan kuffar mula mencari cara lain untuk menghancurkan Islam. Akhirnya mereka menemukan jalan bahawa satu-satunya cara untuk mengalahkan kaum Muslimin adalah dengan memisahkan mereka dari ajaran Islam yang selama ini telah sebati dengan kaum Muslimin. Mereka yakin bahawa hal ini akan dengan sendirinya meruntuhkan Daulah Islam dari dalam. Dalam satu sidang House of Commons, Perdana Menteri Britain berketurunan Yahudi, Benjamin Disraeli pernah mengatakan, “Kaum Muslimin tak akan dapat dikalahkan sampai bila-bila sehingga ini dicabut dari mereka”, sambil jarinya menunjuk kepada Al-Quran. Inilah hasrat dan cita-cita mereka dan mereka benar-benar melaksanakannya. Agenda untuk memasukkan racun assabiyyah ke tubuh kaum Muslimin telah diberi perhatian serius oleh mereka. Mereka mula mengirim para muballigh (missionaries) ke dalam Daulah Islam kononnya untuk ‘ilmu dan kemanusiaan’ walhal tujuan sebenarnya adalah untuk menanam benih perpecahan di tengah-tengah jantung Daulah. Malangnya Daulah tidak dapat menghidu perkara ini, lalu membenarkan kemasukan missionaries ini. Walaupun mengalami kesukaran di peringkat awal, namun akhirnya, benih yang ditanam mula mengakar umbi dan hidup di dalam tubuh Daulah dan terus tumbuh sebagai parasit yang menjahanamkan perumahnya sedikit demi sedikit.



Melalui gerakan missionaries inilah, golongan kuffar berjaya di dalam makar mereka untuk memecahbelahkan umat Islam dan Daulah Islam dengan api assabiyyah dan wathaniyyah yang mereka hembuskan. Kaum Muslimin benar-benar terasuk dengan pemikiran kufur, mengalami perpecahan dan terlibat dengan perbalahan serta pergaduhan sesama sendiri yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Mereka mula membenci sesama sendiri dan tidak dapat menerima pemerintah yang bukan dari bangsa mereka. Mereka merasa seolah-olah ditindas dan dizalimi oleh pemerintah berbangsa asing, walhal kesemuanya adalah Muslim. Mereka mula menyanjung dan memuja pemikiran-pemikiran dari Barat yang kononnya membawa kebebasan dan kemajuan. Dengan racun nasionalisme dan patriotisme yang sudah menular di badan, maka muncullah perjuangan untuk memerdekakan diri sebagai satu bangsa bagi menubuhkan negara sendiri yakni negara yang berdiri atas asas bangsa. Dari sini muncullah pejuang-pejuang kebangsaan (yang sebenarnya adalah agen British) seperti Mustafa Kamal, Syarif Hussein beserta kedua anaknya Faizal dan Abdullah yang hakikatnya ditaja dan dibiayai oleh British untuk menjatuhkan Daulah Khilafah. Akhirnya, melalui perjuangan assabiyyah dan wathaniyyah yang dilancar tanpa henti, tumbanglah sebuah Daulah Islam yang selama ini menyatukan kaum Muslimin atas dasar ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ dan bermulalah pemerintahan negara-bangsa yang terpecah-belah dan terdiri dari pemimpin yang kebanyakannya adalah agen Barat.



Wahai kaum Muslimin! Baik dari segi sejarah mahupun apa yang sedang kita saksikan sekarang, ikatan assabiyyah dan wathaniyyah ini telah terlalu banyak membawa malapetaka dan perpecahan kepada umat Islam. Perasaan-perasaan kufur ini boleh disifatkan sebagai sebuah time-bomb (bom jangka) yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja apabila ianya diusik. Selagi ikatan kufur ini tidak dihapuskan ke akar umbinya, selagi itulah lingkaran kekufuran akan terus menguasai dunia Islam.








Keharaman Nasionalisme & Patriotisme



Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan, walhal satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah. Bersatu atas dasar jalur keturunan atau bangsa jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”.



Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, “Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.” Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn Hisyam].



At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah tersu bersabda, “Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah).” Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa. Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal, “Engkau anak orang hitam.” Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, “Engkau sudah melampau wahai Abu Dzar. Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibu yang hitam.” Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya.



Peristiwa-peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan. Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.



Sesetengah orang mendakwa bahawa Rasulullah membenarkan assabiyyah berdasarkan peristiwa hijrah di saat Rasulullah bersabda tentang Mekah dengan air mata membasahi pipinya, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi.” Sebenarnya kata-kata Nabi ini langsung tidak ada kena-mengena dengan assabiyyah (nasionalisme) mahupun wathaniyyah (patriotisme). Kesalahfahaman ini timbul kerana hadis ini selalunya tidak dibaca atau dipetik secara sepenuhnya, yang berbunyi, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi kerana engkau adalah bumi yang paling Allah sayangi”. Oleh itu, kecintaan Rasulullah kepada Mekah adalah kerana kedudukannya yang suci yang Allah berikan dan bukannya kerana Rasulullah dilahirkan di sana. Setiap Muslim justeru mesti cinta dan sayangkan Mekah kerana bumi ini adalah bumi yang paling Allah sayangi dan hal ini langsung tidak ada hubung-kaitnya dengan nasionalisme atau patriotisme!



Perubahan Politik Dan Kepimpinan



Walaupun nasionalisme di kalangan kaum Muslimin kini semakin terhakis, namun masih terdapat beberapa halangan untuk menghapuskan penyakit ini secara total dari dunia Islam. Halangan ini mesti dikaji dan difahami betul-betul oleh umat Islam agar usaha untuk menghapuskannya berjalan sesuai dengan tuntutan syara’. Halangan utama yang wujud adalah kerana umat Islam itu sendiri (khususnya pemerintah) yang tidak berhukum dengan hukum Islam. Ini adalah manifestasi dari sistem politik kufur yang diamalkan dan sistem pendidikan yang masih bertunjangkan kurikulum penjajah. Ini ditambah dengan kedudukan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang rata-ratanya adalah agen Barat atau pun tunduk patuh pada kuffar Barat.



Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan di negeri-negeri umat Islam sekarang adalah hasil tinggalan penjajah yang telah direka sedemikian rupa oleh golongan kufur ini agar memisahkan hukum-hukum Islam dari kehidupan. Islam hanya diajar sekadar sebuah ‘agama’ sebagaimana ‘agama’ yang difahami oleh Barat, yang langsung tidak berfungsi di dalam kehidupan kecuali di dalam bidang ritual sahaja. ‘Islam’ hanya menjadi salah satu dari subjek yang langsung tidak ada kaitan dengan penyelesaian masalah manusia (mu’alajah li masyaakil insan), apatah lagi jika hendak dikaitkan Islam dengan sistem pemerintahan, politik, mua’malat, uqubat, jihad, ghanimah, jizyah, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Sistem pendidikan yang ada bukan sekadar mengembangkan lagi sekularisme sebagaimana yang Barat mahukan, malah direka dengan sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak kaum Muslimin disemai dengan benih cintakan bangsa dan tanahair dan mesti sanggup mati demi mempertahankannya.



Namun demikian, sistem pendidikan bukanlah halangan terbesar di dalam menghapuskan assabiyyah dan wathaniyyah kerana sistem pendidikan hanyalah ‘produk’ dari sistem politik dan pemerintahan. Dengan kata lain, sekiranya sistem politik berjaya diubah, maka insya Allah sistem pendidikan juga akan turut berubah. Malangnya, sistem politik yang berjalan sejak runtuhnya Daulah Khilafah adalah tidak lebih dari apa yang telah dicorakkan oleh penjajah. Melihat kepada situasi politik pada hari ini, secara de factonya ia akan meletakkan umat Islam selamanya terpisah (melalui negara-bangsa) atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah. Secara sedar atau tidak, pemimpin kaum Muslimin yang ada pada hari ini adalah ‘mekanisme’ utama Barat untuk memastikan kaum Muslimin tidak akan bergabung semula dari segi politik. Sesungguhnya ramai dari pemimpin kaum Muslimin yang berkuasa pada hari ini sebenarnya ‘dimahkotakan’ secara langsung oleh Barat dan tak kurang pula bilangan yang diberi lampu hijau untuk memerintah selama mana mereka mengikut telunjuk Barat. Para pemimpin inilah yang bermati-matian mempertahankan batas sempadan palsu yang Barat tetapkan hingga ada yang mengisytiharkan perang sesama Muslim atas dasar perbezaan sempadan ini, semata-mata kerana takut kehilangan takhta. Lebih dahsyat, para pemerintah ini sanggup menangkap, memenjara, menyiksa malah membunuh rakyatnya sendiri yang berjuang untuk menyatukan semula kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan dengan menghapuskan segala bentuk assabiyyah dan wathaniyyah.



Manifestasi pemikiran kufur ini (nasionalisme dan patriotisme) tidak akan dapat di atasi tanpa adanya perubahan politik. Jika para pemimpin kaum Muslimin ini tidak mahu menukar pemikiran kufur yang ada pada mereka dan menggantikannya dengan pemikiran Islam, maka mereka ini pada hakikatnya wajib ditukar dan diganti dengan para pemimpin ikhlas yang akan menerapkan hukum-hukum Allah. Dengan ini, benteng penghalang terbesar dalam menghancurkan pemikiran assabiyyah dan wathaniyyah akan dapat diruntuhkan. Nasionalisme dan patriotisme yang selama ini membelenggu umat Islam, menyebabkannya terpecah belah dan bercerai berai akan pasti terhapus dengan hidupnya pemerintahan ikhlas yang benar-benar menerapkan hukum-hukum Allah dan mengikat umat hanya dengan ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.



Sesungguhnya keharaman assabiyyah dan wathaniyyah adalah jelas dan nyata, sebagaimana jelasnya malapetaka dan perpecahan yang dibawa keduanya. Justeru, adalah menjadi kewajiban setiap Muslim untuk menghilangkan sifat dan sikap ini dari diri mereka, seterusnya bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah melenyapkan kekufuran ini di mana jua mereka temui. Setiap Muslim juga wajib memuhasabah (bukannya bersekongkol dengan) pemimpin yang mengamalkan fahsya’ (kekejian) ini dan berusaha menyatukan kaum Muslimin di bawah bendera ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ tanpa mengenal batas sempadan, bangsa mahupun keturunan. Dalam konteks ini, seluruh negeri kaum Muslimin (termasuk Malaysia dan Indonesia) sepatutnya bergabung membentuk satu negara dan melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan pemerintahan berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah. Jika dulu Rom dan Parsi yang asalnya negara kufur, boleh tunduk dan bergabung di bawah satu Daulah, apatah lagi kini, Malaysia dan Indonesia yang sememangnya negara kaum Muslimin, tentunya lebih mudah untuk digabungkan, Insya Allah. Pokoknya, jika dibuang jauh-jauh segala bentuk assabiyyah dan wathaniyyah yang mengikat kedua-dua negara sekarang ini, maka dengan izin Allah, Malaysia dan Indonesia akan bersatu.


Alahaiii.....



Khatimah



Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa Allah menciptakan kalian dari setitis air mani, lalu dijadikan segumpal darah dan kemudian segumpal daging. Kalian berada di dalam keadaan yang lemah selama sembilan bulan di dalam perut ibu-ibu kalian. Allah kemudian mengizinkan kalian lahir ke dunia dalam keadaan tidak berdaya dan tidak mengerti apa-apa. Kalian kemudian menyusu dan membesar dalam dakapan ibu-ibu kalian. Apakah setelah Allah menjadikan kalian sebagai seorang Muslim, kalian kemudian merasa bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Arab atau Pakistan? Dan apakah kalian merasa bangga dengan tanahair tempat kalian dilahirkan sehingga bumi itu lebih mulia di sisi kalian berbanding bumi-bumi Allah lainnya? Ingatlah wahai saudaraku bahawa setiap insan tidak pernah meminta untuk lahir ke dunia dan setiap insan juga tidak pernah meminta jenis bangsa, keturunan dan bumi tempat untuk dia dilahirkan. Allahlah Yang Maha Mencipta dan Allahlah yang menentukan segala-galanya. Tunduk dan patuhlah wahai setiap insan...







   Nukilan;

Wednesday, March 10, 2010

** `HANTARAN AL-QURAN~

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk


kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..





"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli

nih" balas Nabil.





Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal

satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan

hantaran.



"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.



" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.

Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.



"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik

berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang

pakcik dalam lingkungan 40-an.



"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"

sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..



"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil

tersenyum.



"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.

Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.



"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian

ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.



"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak

baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.



"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"

cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.



" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah

mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.



"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan

tersebut.



"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.



Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang

pakcik yang muncul secara tiba-tiba.



Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..

Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil

dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam

baru sahaja sampai.



"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.



Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta

merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli

keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.

Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.



"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.



"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.

Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai

buku 2 bulan lalu.



"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan

kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara

orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari

Khamis selepas maghrib.



Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi

dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.



"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih

melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang

sebaliknya berlaku..



"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad

sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat

mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad





Surah Ar Ra'd



"Apa benda nih" detik hati Nabil.



"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.



Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari

rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.

Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam

wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.



"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara

bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..

Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara

gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak

lagi alunan irama ALQurannya.



Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..



"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.

Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih

malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran

kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup

bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang

cara penyampaian ustaz Sa'ad.





"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah

ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap

sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya

sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku

kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti

dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya

memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan

menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi

pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah

dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.



Hari semakin cepat berlalu.



Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi

hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap

hari.



Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar

sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad

tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..



READ DIS..



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his

relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by

his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the

shroud and the chest of the deceased.



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang

lelaki

itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki

yang

betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki

itu

berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan

Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya

mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri

mengenai

ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya

seorang

diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah

tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia

dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,

which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low

voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you

will

have no grief.'



Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku

adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara

yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan

bimbang.

Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'



When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from

Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.



Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada

Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang

dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,

before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the

Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,

di

hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,

mahupun dari nabi atau malaikat.



>> Warattilill Qurana Tartill... <<


Wallahu a'lam.....







   Nukilan;

Tuesday, March 9, 2010

** `10 TABIAT MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK~

1. Tidak mengambil sarapan pagi



- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini     akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.






2. Terlebih makan














- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.






3. Perokok
















- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.






4. Penggunaan gula yang berlebihan
















- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.






5. Pencemaran udara


- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.






6. Terlebih tidur













- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.






7. Menutup muka ketika tidur
















- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.






8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat












- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.






9. Kurang berimaginasi















- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.






10. Jarang berfikir













- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.








   Nukilan;

Wednesday, March 3, 2010

** `TIPS MENGEMPISKAN PERUT~

Cara Mengecilkan Perut Nan Memboroi ala Nihon TV















(“Ito-ke no Shokutaku”, disiarkan Selasa, 18 Juli 2006, http://www.ntv. co.jp/ito- ke/)









Siapkan straw...




















Potong 5 cm...

















Ratakan salah satu hujung straw...

















Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape...


























Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat...






















Lakukan selama 3 minit sehari...


















Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 detik...



















Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.

















Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.

Tak percaya!? Cubalah!



















Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.

--

--

--

--

--

--






Gambatte kudasai!



--Edogawa Conan






   Nukilan;

Tuesday, March 2, 2010

** `BAD BREATH WHILE PRAYING~

To pray in congregation ("solat berjemaah") in a mosque is not without its challenges. One of the challenges is bad breath coming from our immediate neighbour. If it so happens that our Muslim brother, whose praying besides us, has a bad breath, then the tendency is for us to lose our concentration ("khusyuk") in our "solat".




For this reason, our Prophet (PBUH) had said, "If it is not a burden to my followers, I would have instructed them to "bersugi", that is, to clean their teeth each time before they go for prayer." The hadith was narrated by Abu Hurairah as told from "Riwayat Muslim".



Thus, our Prophet (PBUH) stressed about the importance of having a clean breath when praying.



Another hadith, as narrated by Abdullah bin Abbas, has the Prophet PBUH as having said, "You should perform the "siwak" to clean your mouth to receive pleasures ("keredhaan") from Allah SWT (from Al-Bukhari and Al-Baihaqi).



To perform the "siwak" means to use the young twigs or roots to clean the teeth. At those times, the toothbrush and toothpaste had not been invented yet. So they used twigs or roots to clean their teeth instead.




According to his beloved wife, Aisyah r.ha, the Prophet PBUH always performed the "siwak" everytime he wanted to perform the "solat". During the fasting month of "Ramadhan", she said that he would "siwak" a couple of times during the day. Aisyah r.ha. also said, "The Prophet (PBUH) when he entered the house, would perform the "siwak" first".



One of the Prophet's companions, Jabir bin Abdullah r.a. heard the Prophet (PBUH) as saying, "To perform two "rakaat" with "siwak" beforehand is better than to perform 70 "rakaat" without performing the "siwak" first.



So the next time that we go to the mosque to perform the "solat" in congregation, we should ensure that we brush our teeth and if possible gargle our mouth with "Listerine" too.




Fom my own experience, bad breath happens during the time when performing the "Solat Subuh" and "Solat Ishaq" in congregation in the mosque. In the morning, it happens because we probably don't have the time to brush our teeth before we go to the mosque to perform the "solat" in congregation. As for the "Solat Ishaq", the bad breath was probably due to an early dinner before performing the "Solat Maghrib" at the mosque. Normally an "Ustaz" (Religious Teacher) would give a "ceramah"(religious talk) after peforming the "Solat Maghrib" until it is time to perform the "Solat Ishaq". Due to the long wait during the "ceramah", the bacteria in the mouth have sufficient time to go into action in causing the bad breath to happen.



Wallahu'alam..






   Nukilan;
Related Posts with Thumbnails