Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Thursday, December 16, 2010

** `SETAHUN SUDAH~

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kini usia perkahwinanku sudah mencecah setahun. Setahun aku hidup bersama suamiku, terlalu banyak perkara yang kami lalui bersama. Susah, senang, gembira, sedih bersama-sama.

Dalam tempoh setahun kami bersama, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat2 comel. Aku bunting pelamin. Dan dalam tempoh setahun juga kami tidak tinggal setempat secara tetap. Berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Bermula di Yong Peng, Temerloh, Kuantan, Senawang, Batu Pahat, dan kini di Parit Raja. Dengan perut yang semakin memboyot aku gagahkan juga, mengikut suami ke mana sahaja suami berada, demi suami tercinta. Akan datang mungkin kami akan berpindah ke Sepang. Insya-Allah.

Dalam tempoh setahun juga sudah banyak tempat kami pergi bersama. Meluangkan waktu bersama-sama. Mengambil peluang untuk saling mengenali dengan lebih mendalam. Menghayati dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Aku yakin, sehingga kini masih banyak perkara mengenai pasanganku yang masih belum aku ketahui. Begitu juga suamiku, banyak lagi perkara mengenaiku yang masih belum diketahuinya. Ta'aruf itu seumur hidup. Dan kami akan terus saling berta'aruf dan bermuhasabah bersama, memandangkan kami baru setahun bersama. Kata orang, baru setahun jagung.

Dan... dalam tempoh setahun ini jugalah, aku yakin bahawa aku telah banyak melakukan kesilapan terhadap suamiku. Kadang kala kita alpa. Sudah terbiasa dengan kehidupan sebelum kahwin di mana masa aku lebih banyak bersama parents. Mungkin juga ada percakapanku yang menyinggung perasaan suami. Tindakanku yang masih belum cukup matang dalam mengurus dan membahagi masa antara suami, anak, dan keluarga. Semasa dalam pantang, suami banyak mengurus diri sendiri tanpa aku di sisinya. Semasa akhir2 puasa Ramadhan juga begitu.. mengurus diri dan makan berseorangan tanpa aku kerana aku sudah sarat di rumah parents dan menunggu masa untuk bersalin. Sebenarnya inilah perkara yang paling sensitif dalam hidup aku, apabila aku terpaksa berjauhan dengan suami walaupun sehari. Tetapi aku redha.

Sepanjang kami hidup bersama, Alhamdulillah..... kami sentiasa bahagia dan aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan pasangan yang sesuai denganku. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat2 penyabar dan sangat2 memahami aku. Aku juga berdoa agar Allah mengurniakan kebahagiaan yang berkekalan kepada kami, rasa syukur dan keimanan dalam diri kami, anak yang ramai sepertimana kehendak suami sebagai hiburan dlm rumahtangga, rezeki yang berterusan, berkomunikasi yang baik2 yang membawa kami lebih dekat dan sentiasa mengingati diriMu Ya Allah... Semoga rumahtangga kami sentiasa berada di dalam jagaanMu. Ameen Ya Rabb..........

Suamiku, aku sangat menyayangi dan mencintai dirimu...
Terima kasih tak terhingga atas segala pengorbananmu selama ini...
Always miss and love. Love and love you more.....
=)







   Nukilan;

** `AWAL MUHARAM~






Assalamualaikum. Hye everyone, long time no online. =) Entry for today is about Awal Muharam. Awal Muharam which is also called Maal Hijrah is an important day for Muslim. It falls on the first day of Muharam on every Muslim calendar year.

The meaning of Maal Hijrah is migration. On this day, Muslim remember Nabi Muhammad SAW migrate from Mecca to Medina on the year 622 A.D. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement.

Awal means beginning and Muharam is the first month of Muslim calendar. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the new year for all Muslim.

This signify this occasion, Muslims attend to various religious activities, spiritual singing, and religious meeting throughout the country.This day has become an important religious day for all Muslim.

So I would like to wish (still not too late kan??) to all my relatives and Muslim blogger's friends a lovely Awal Muharam.

"Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun, maka berkatalah syaitan laknatullah: Sia-sialah pekerjaanku menggoda anak adam setahun ini".

Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga tahun ini lebih baik drpd tahun sebelumnya.






   Nukilan;
Related Posts with Thumbnails