Susahnya nak cari buah delima.. Time tak cari jumpa aje... berlambak... tu pun kat depan rumah org2 cina la...hehh... Org cakap, delima ni bermusim.. antara September- Disember. Lambat lg...
Dlm tempoh pregnant ni saya teramat2 lah perlu memakan buah delima ni... Saya x berapa nak cukup darah dlm badan. Keadaan ni cukup merisaukan saya. Setiap hari fikirkan bayi dlm kandungan ni. Setiap masa fikirkan menu yg berkhasiat utk saya makan. Berharap agar keadaan saya sedikit demi sedikit beransur pulih tp nampaknya agak sukar sbb bayi semakin membesar n perlukan lebih byk darah juga lain2 khasiat drpd apa2 yg saya makan. Walaupun saya makan banyak tp itu masih tidak cukup utk saya n jg bayi. Geram jg bila doktor tanya cara sy atur waktu makan n apa yg sy makan setiap hari, masih jg doktor kata sy x cukup makan. Kena mkn byk lg... Tp, apa blh sy buat, ruang perut terhad... Tp sy tetap berusaha. Sy kerapkan makan. Sentiasa n sentiasa makan... Demi bayi dlm kandungan, sy sanggup buat apa sj...
Ayah syorkan sy makan buah delima. Tp seperti yg ramai org tahu, buah delima susah nak jumpa. Parents di johor pun x jumpa lg. Sy yg di pahang pun x jumpa lg. Td suami baru call, bgtahu dah beli jus n kordial buah delima.. (berusaha bbrpa hari ni search kat internet). Alhamdulillah la... walaupun bukan buah, tp apa yg dh dibeli sy akan amalkan. Harap dapat beri effect yg bagus seperti mana mcm makan buah juga. Actually, sy prefer buah drpd jus/kordial.. Tapi x jadi masalah. Thanks abang... =)
Buah delima atau nama saintifiknya punica granatum mempunyai khasiat yg sangat banyak dan sangatlah bagus!. Ayah ada beri info ttg kebaikan buah delima. Antara kebaikan buah delima is:
1) Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah
merah.
2) Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
3) Mengandungi potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
4) Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetus).
5) Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur. (Kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yg dikandung).
6) Mencegah edema (http://en.wikipedia.org/wiki/Edema).
7) Mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.).
8) Menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah.
9) Menguatkan jantung.
10) Prevent morning sickness.
11) Memperelokkan rahim.
12) Menghalang pembentukan sel kanser.
13) Mencantikkan kulit.
14) Mencegah drpd nyanyuk.
15) Memberi tenaga.
16) Elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan darah rendah.
17) Elok utk sistem penghadaman.
18) Mengurangkan berat badan.
*dll
So, terbukti ibu mengandung yg kurang darah seperti sy ni mmg perlukan buah delima ni. Doakan sy dapat kesan yg baik bila makan produk yg suami sy beli. Kepada sesiapa yg tahu tempat nak dapatkan buah delima, bgtahulah sy ye.. inform ladang buah delima pun x pe...if sesapa tahu... =)
Semoga Allah bantu sy dan juga bayi sy. Amin..........
Sekian.
Nukilan;