Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Tuesday, June 15, 2010

** `PEACHE...~

Nyam2.... letak beso2 baru puas.. makin x sabar2 nk makan... buat puding sodap neh... uhuu....

Tahu tak dalam buah pic terdapat pelbagai jenis vitamin, mineral dan zat lain yang bermanfaat utk tubuh badan. Menurut ‘USDA Nutrient Database’, setiap 100gm buah pic matang mengandungi 43 kal kalori, 2.0gm serat, 66mg VitaminC, 535 IU vitamin A, 0,700mg vitamin E dan pelbagai mineral. Waa....


Melalui pembacaan, saya jumpa 2 jenis buah pic awet, iaitu:

Buah Pic Kering

Buah-buahan kering adalah buah yang diproses dengan cara dikeringkan di bawah sinar matahari atau dengan cara buatan tetapi tetap mempertahankan rasa dan aromanya. Buah-buahan kering ini banyak dipakai untuk menambah rasa kerana ia berasa lebih manis terutamanya apabila dimasukkan dalam proses membuat kek, puding dan sebagainya. Buah pic merupakan antara buah yang popular dikeringkan selain buah epal, aprikot, pisang, anggur, kurma dan prun.

Jus Buah Pic

Menurut pakar kesihatan, pengambilan buah pic (termasuk meminumnya) secara teratur mampu melancarkan proses pencernaan, mengatasi masalah atau gangguan sembelit dan memberi serat yang secukupnya kepada tubuh anda. Buah pic juga kaya vitamin C dan E yang dapat mengeluarkan radikal bebas dari dalam tubuh. Antioksidanya mampu mencegah penuaan semulajadi dan juga kanser. Selain itu, kandungan beta karotenanya dapat mencegah gangguan selsema ringan dan menjadikan tubuh anda lebih tahan terhadap gangguan pelbagai jenis penyakit disebabkan daya tahan tubuh meningkat.


Hmm... so jom makan buah pic. Tp skrg ni yg senang nk dpt is pic dlm tin tu... pun sedap....buat puding la...
Tp klu buat jem plk?.. sedap x ek?... Rasa nk cuba buat la... Anyone???... blh tunjuk ajar?... or bagi resepi ke.....
:)
:))
:p






   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails