Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Tuesday, January 11, 2011

** `TAHUN BARU vs ASYRAF~


Assalamualaikum. Kawan2 apa kabar?... Selamat tahun baru 2011. Hajat nak cukupkan 100 entry pada 2010 tak kesampaian. Lepas lahirkan Asyraf jarang masuk blog. Kat mind ni ingat sentiasa tp bila dah berdepan dengan komputer jari ni jadi malas no nak click. Entah la nape. Bukak fb je..tu pun cepat2 offline. Kadang2 biar je fb tu dari pagi sampai petang. Tinggal gitu je pi buat kerja2 rumah, layan Asyraf, siap sempat tido lagi...hehe.....

Sekarang dah ikut suami ke Sepang. Buat masa ni kami betul2 survive. Ni dah minggu ke 3 suami di Sepang tapi saya di Sepang baru minggu ni. 2 minggu sebelumnya tinggal di Muar. Asyraf sampai demam. Risau jadinya sampai bawa Asyraf jumpa pakar. Dapat ubat demam+selesema, antibiotik, ubat mata sbb mata Asyraf pun nampak pink je. Sudahnya bila hujung minggu walid balik semua hilang. Demam dah tak de. Mata pun dah sihat. Ubat selesema memang bonda tak bagi sbb Asyraf tak selesema pun. Sepanjang minggu pun ada masa2 yang sepatutnya walid spend utk Asyraf tp walid tak da, haa.. masa2 tu la Asyraf merengek2... dia dapat rasa kekurangan. Tu pasal la minggu ni hubby bawa kami bersama ke Sepang. Walid pun kerinduan....:)

Asyraf sekarang dah 4 bulan lebih. Satu perkara yang bonda perasan, tangisan Asyraf dah mula kuat. Masa lahir dulu semua orang cakap nak dengar Asyraf menangis bukan.main.payah. Sekarang pun payah jugak. Tapi once dah menangis bersungguh betul. Banyak sebab yang boleh buat Asyraf menangis. Satu-bila haus. Asyraf kuat menyusu. Dari kecik bonda rajin suakan nipple kat mulut Asyraf sampai la sekarang ni dah pandai suckling sendiri. Every 1 n half hour bonda bagi susu even Asyraf tak mintak. Sekarang bila pantang pun dah habis, kerja rumah bertambah kadang2 bonda lambat bagi Asyraf susu sampai Asyraf yg mintak. Tu pun kadang2 bonda still lambat bagi. Bukan sengaja... Asyraf tetap sabar mintaknya cuma lately ni nampaknya tak boleh lambat sikit. Kuat la soundnya... Dua-bila kat rumah atuk nenek Asyraf tak boleh sorang2. Mesti nak nampak ada orang. Lagi2 atuk n nenek sbb mereka selalu dok agah2 Asyraf tu yang bukan main seronok Asyraf... Atuk nenek berjalan ke depan, ke dapur sampai terteleng2 tengok. Tiga-bila nak tido. Ni pening sikit dibuatnya. Mesti nak mengempeng even sebelum tu dah menyusu. Yang ni bonda n walid tengah dalam proses nak training Asyraf supaya kurangkan mengempeng. Mula2 bonda risau juga fikirkan maybe pengambilan makanan bonda tak cukup utk Asyraf tapi bila fikir balik, bonda makan banyak pun.. sedap mana pun Asyraf tetap nak mengempeng. Setakat ni yg bonda perasan la baru tiga kali Asyraf tido sendiri tanpa mengempeng. Lepas menyusu, bonda sendawakan Asyraf n letak Asyraf atas tilam. Asyraf diam je..sampai la tertido sendiri. Kalau tak selalunya nak empeng dengan bonda sampai la tertido dlm pelukan bonda. Empat-bila dah sedap2 meniarap tiba2 golek telentang semula then nak meniarap semula...tang tu yang menangis tu. Tapi tak la teruk. Macam geram gayanya... Lima-bila walid agah2 n dah seronok ketawa2 tapi walid tak angkat. haha... Tapi tak semua keadaan la Asyraf macam tu. Anak baik Asyraf ni. Dengar kata. Tu yang bagus. Banyak lagi perkembangan Asyraf yang menyeronokkan.

So far so good la. Cuma training yang bonda n walid buat ni buat kami sendiri tak sampai hati tengok Asyraf menangis2. Bonda buat macam ni pun sebab bonda nak Asyraf biasa bila bonda dah mula kerja nanti. Bonda tak nak Asyraf macam Abg Aiman.. dah sedap fulltime bf tiba2 je kena guna botol..whole day pulak tu. Without training..habis susut badan dia. Menangis berjam2 kat rumah guardian. Kesian sangat kat dia. Bonda tak nak Asyraf jadi macam tu. Kalau la ada tempat kerja yang bagi bonda bawak anak confirm bonda kerja kat situ...

=)







  Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails