Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Friday, January 21, 2011

** `"SELAMAT TINGGAL TUANKU" ~

Cess! Berani dikau berkata begitu???

Assalamualaikum. Huuuuu..... saya begitu sedih sejak belakangan ni. Emosi begitu terganggu disebabkan rambut! Lately rambut sangat banyak yang gugur. Time sikat rambut n mandi. Dua waktu ni bikin runsing. Kat bilik tidur pulak sana sini ada rambut. Saya fikir, mungkin sbb dah lama tak gunting rambut. Last buat treatment rambut masa awal2 mengandungkan Asyraf, trimester pertama masa tu. Sekarang Asyraf dah nak masuk 5 bulan. Rambut pun bila makin panjang makin senang gugur. (still thinking-tapi tak kanlah gugur sampai banyak mcm ni...) So, saya pun decided nak gunting rambut. Cadang dah lama tapi tak berkesempatan. Kebetulan semalam cuti jadi hubby pun bawa la saya ke salon (khas utk muslimah).



Kat kedai, bila bagitahu rambut banyak gugur, ni yg akak tu tanya:
"Anak tengah main air liur eh? menyembur2?"

Akak tu kata, time macam ni rambut memang akan gugur. "Hormon mula menurun" katanya lagi. "Nanti tak lama lepas tu rambut akan tumbuh n banyak semula".

Di samping tu akak tu cadangkan saya pakai tonik (tak berapa sure nak spell) utk kuatkan rambut tapi saya tak bercadang pun nak pakai. Stok kat kedai dia pun kebetulan habis.

Sedang berblogwalking semalam, saya ada baca entry kat blog Kak Zana. So, bertepatanlah dengan apa yang akak tu cakap. (Kak Zana, mohon share ilmu ye =))

Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal. 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan. Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.


Selain itu;


"mmg biasa dan normal.. kalau org tua kata start baby menyembur main air liur benda ni jadi.. Ni semuanya kerja hormon... sabar je la.. Cuma mungkin boleh kurangkan sikit je... jgn sikat rambut masa rambut basah, masa ni kulit kepala lembut.. so mudah tercabut.. Sikat rambut cara yg betul, jgn sentap2, mula dari bawah... Lain daripada tu, sabar je la... x lama sebulan 2 jek.. saya pun tgh alaminya ni.. mmg rimas sbb lantai penuh rambut.. "



Di atas ni adalah komen2 para pembaca forum berkenaan info rambut tu.

Saya juga ada dapat info bahawa buah pala dapat membantu mengurangkan risiko rambut gugur, selain dapat melembutkan rambut dan mencegah kelemumur.

Teringin nak tengok pokoknya yg tengah
berbuah lebat macam ni...


...tapi satu hal, tak tahu nak amalkan macam mana... ..???..

Apa pun, sekarang ni saya mula lega sebab dah tahu mengapa dan bagaimana caranya mengurangkan rambut daripada gugur. Alhamdulillah, lepas gunting rambut semalam, saya perasan rambut tak banyak dah yang gugur. Happy! Boleh senyum lebar semula. Mood nak buat kerja rumah dah kembali especially menyapu. =) Lepas ni pergi buat treatment rambut pulak, n....... kena rajin2kan semula diri utk trim rambut.

Dah boleh tarik nafas lega..... ;)







  Nukilan;







No comments:

Related Posts with Thumbnails