Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Saturday, November 28, 2009

** `FADHILAT QURBAN~




Fadhilat ibadah Qurban amat besar, antaranya:


1. Menambah amal kebajikan.

Sabda Rasullah SAW: "Qurban itu bagi tuannya dgn setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2. Sebagai penebus dosa.

Sabda Rasullah SAW kpd Sayyidatina Fatimah:"Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yg pertama itu pengampunan bagimu atas dosa2mu yg telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar & Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah SAW: "Wahai manusia, sembelihlah qurban dgn mengharapkan pahala drp Allah dgn darahnya, bahwa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yg mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)



Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tiada dibuat oleh anak Adam pd Hari Raya Adha akan sesuatu amal yg lebih disukai oleh Allah Ta'ala drp menumpahkan darah (menyembelih qurban). Bahwa korban itu dtg pada hari kiamat dgn tunduk2nya, bulu2nya dan kuku2nya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yg mulia di sisi Allah sblm darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat qurban itu dgn hati yg bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

4. Akan memperolehi kenderaan/tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu krn ia menjadi tunggangan kamu di titian pd hari kiamat.






   Nukilan;

** `PETUA MENCUCI HATI~

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah





Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"



2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.



3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.



4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.



5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.



6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)



7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya



8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.



9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).



10. Kekalkan wuduk.



11. Bersedekah.



12. Belanja orang makan.



13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.



14. Berkawan dengan ulama.



15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).



16. Pesan pada orang, jadi baik.



17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.








   Nukilan;

Thursday, November 19, 2009

** `JEMPUTAN WALIMATUL URUS~
























Assalamualaikum semua...:)..

Yang dihormati,
         1) Ibu bapa kepada bakal pengantin perempuan:
                       Tuan Hj. Tomingan B. Hj. Kamaron
                                              &
                       Pn. hjh. Fijah@Faijah Bt. Hj. Jahari

         2) Ibu dan wakil kepada bakal pengantin lelaki:
                      Pn. Hjh. Aishah Bt. Hj. Ja'afer
                                          &
                     En. Saiful Karim B. Hj. Mansod (Abang)

Yang bakal meraikan hari perkahwinan anak mereka iaitu:
                      Nur Zahurahani Bt. Hj Tomingan
                                             &
                       Abdullah Umair B. Hj. Mansod

Dengan ini menjemput anda semua yg mengenali kami utk hadir ke majlis perkahwinan ini.
Kehadiran anda semua amatlah dihargai dan sudah pasti memeriahkan lagi majlis ini. Amin...

-------------------------------------------------------------------------

Keutamaan kepada semua sahabat SMIH dan yg mengenali saya,
anda semua dijemput utk menghadiri majlis perkahwinan saya ;
                              Nur Zahurahani Bt. Hj. Tomingan
                                      bersama pasangan saya
                                Abdullah Umair B. Hj. Mansod

Yang akn b'langsung:

                       pada : 5hb Disember 2009

           bertempat di : 1903 A, Kuaters Klinik Kesihatan Payamas,
                                 Jln. Payamas, 84900 Tangkak, Johor.

Anda boleh rujuk pelan lokasi di atas sebagai panduan ya.
Kehadiran anda semua amat saya hargai dan semestinya dapat
memeriahkan lagi majlis saya yg akn datang ini. Amin...
Terima kasih.

p/s: Minta sampaikan kepada kawan2 yang lain ye.
      Datanglah beramai-ramai..........
      TQ.....






   Nukilan;

Monday, November 16, 2009

** `WHAT???!!~



>

>

>

>

>


 
Baru2 ni ada dengar kat radio, seorg pemanggil kata pemandu wanita 100% lembap.
Fuhh... statement yg sgguh panas lg memanaskan..



Apa pendapat anda sekalian?...






   Nukilan;

Tuesday, November 10, 2009

** `PANDANGAN KETIGA~

Oleh: Ust Zaharuddin Abd Rahman




Bekas Mufti Perlis tidak dinafikan mempunyai ramai penyokong dan juga pembenci. Itu sudah tabiat manusia yang amat pelbagai. Kita tidak akan mampu untuk mengelakkan diri dari berbeza pendapat, saya juga banyak berbeza pendapat dengan beliau. Kita juga adakalanya tidak mampu untuk mengelak diri dari dibenci secara tiba-tiba, apatah lagi jika seseorang itu terkenal.

Namun, yang dibimbangi adalah perbezaan pendapat yang membawa kepada permusuhan yang dahsyat, label melabel, tuduh menuduh, dan sesat menyesatkan. Sehingga jika diselami hati para pembenci, pasti ada terlihat keinginan yang amat luar biasa malah keji seperti ingin melihat pihak yang lain ditangkap, dipenjara atau lebih dari itu, meninggal dunia.

Padahal isu yang berbangkit kebanyakannya adalah isu yang bersifat zhonni atau yang menerima perbezaan takwilan dan pandangan. Tidak wajar dipergaduhkan dalam bentuk yang ekstrem dan keras. Memadailah untuk mengemukakan hujjah balas kepada apa yang dirasakan lemah, dan kemudian jika pihak di sebelah sana tidak dapat menerimanya, berlapang dadalah.

Selain itu, janganlah dengan mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Sebagai contoh:

tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,
menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.
Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi. Ini tidak benar sama sekali, malah Wahabi itu bukan sebuah mazhab Fiqh atau Aqidah serta tidak mempunyai takrifan yang khas di kalangan para ilmuan Islam sedunia.

Malah menurut sebahagian pandangan ulama antarabangsa, istilah itu dipelopori oleh musuh-musuh Islam dari kalangan bukan Islam, untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Memang benar, terdapat ulama moden yang menggunakan istilah tersebut di dalam penulisan mereka, namun ia merujuk kepada pengikut aliran Muhammad Ab Wahab di Saudi suatu ketika dahulu, ia bukan sebuah mazhab yang khas.

Di sebelah pihak yang lain pula, jangan pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai bid'ah, sesat, ahli bid'ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga. Gunakan hikmah dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian. Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah Islam.

Imam Muhammad Ibn Sirin berkata :

" Sesiapa yang tidak tidak mengkaji kepelbagaian pendapat fiqh, mereka sebenarnya belum pun dapat mencium bau Fiqh itu"

Bau Fiqh pun belum dapat, apatah lagi inti Fiqh itu sendiri. Banyak menuduh dan meggelar mungkin akan boleh memberikan indikasi bahawa mereka yang terlibat sebenarnya belum menghidu bau Fiqh. Belum masak dan matang dalam ilmu Fiqh.

BERLAPANG DADA, IKTIRAF USAHA & PANDANGAN



Imam Al-Awza'ie ketika ditanya berkenaan sama ada batal wudhu atau tidak bagi lelaki yang mencium isterinya menjawab :

Ertinya : Jika seseorang bertanya kepadaku, aku akan menjawab, batal dan perlu mengambil wudhu semula, namun sekiranya dia tidak mengambil wudhu, aku tidak akan mengutuknya ( Tartib At-Tamhid, 3/345 )

Imam Ahmad Bin Hanbal pula pernah ditanya sama ada sah solat yang menggunakan kulit musang. Jawabnya :

Ertinya : "JIka perbuatannya itu adalah hasil pemahamannya dari nas ((Apa-apa yang disamak maka telah menjadi suci )), lalu bolehlah solat di belakangnya"[1]

Maka ditanya : Adakah engkau juga melihatnya sebagai harus?

Imam Ahmad menjawab

لا , نحن لا نراه جائزا ولكن إذا كان هو يتأول فلا بأس أن يصلي خلفه

Ertinya: Tidak, kami tidak melihatnya harus, tetapi dia ingin menafsirkannya (menggunakan) nas itu, tiada masalah untuk solat di belakangnya.[2]

Al-Qaradawi menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan Al-Quran.

Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada [3]

a) Usul Aqidah : iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.
b) Furu' Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.
Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.

Saya membawakan hal ini sekadar ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika tidak dihayati dan difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin menghina dan bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.

Namun ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian.

Yang paling perlu dielakkan adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil.

Ia sangat membuang waktu dan menyakitkan kepala sahaja. Kerana si jahil tidak akan mampu memahami laras bahasa dan istilah yang digunapakai oleh si alim. Justeru, tindakan terbaik bagi si alim adalah diam.

Kesimpulannya, dibenarkan untuk menolak hujjah pihak yang lain, namun dalam pada kritikan ilmiah dibuat, jangan lupa juga mengiktiraf bahawa pihak yang lain juga ada niat baik untuk kebaikan Islam. Masing-masing merasakan pendekatan dan ilmu mereka adalah yang lebih tepat untuk membawa kepada keagungan Islam.

Namun jangan terlupa, ruang kesilapan masih boleh wujud di pihak kita. Saya sendiri sering mengingatkan diri saya ketika mengulas isu-isu kewangan dan riba, bahawa saya mungkin boleh berada di pihak yang kurang kuat dan tidak kukuh hujjahnya,

Justeru itu kerap saya katakan kpeada mereka yang sibuk dan marah-marah dengan pandangan saya,

"Pandangan dan tulisan saya tidak wajib ke atas sesiapa untuk mengambilnya, anda bebas untuk terima atau menolaknya"

Cuma harapan saya, jika menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih meyakinkan dari mereka yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam bisnes itu nescaya mesti nak jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana nafsu sendiri.

SUDAH-SUDAHLAH BERBALAH : BERDAMAILAH



Satu lagi, saya amat ingin melihat kedua-dua pihak menambahkan sikap lunak dan lebih bijak. Benar, bijak itu banyak caranya, keras dan garang juga mungkin sahaja tergolong dalam tindakan yang paling bijak dalam keadaan tertentu. Cuma lunak dan lembut adalah lebih digemari oleh Nabi s.a.w berbanding keras dan kasar.

Jangan pula mengatakan:

" Ala dia yang mula mengutuk dan mengecam, kita balaslah, geng dia saman dulu, kita bagilah dia tindakan undang-undang sebagai balasan"

Ini satu sikap yang tergambar hati yang busuk serta tidak matang. Jangan sampai orang melakukan cara ahli neraka, maka sebagai balasan, kita juga ingin menjadi sepertinya.

Selain itu, saya berkongsi bahawa ulama silam yang hebat kerap meninggalkan kontroversi dan konfrontasi dengan pegangan ahli agama setempat.

Jika ingin membawa perbezaan pendapat sekalipun, sewajarya dilaksana secara berperingkat tanpa menyakitkan sesiapa dengan kata-kata yang mudah disilaptafsirkan, khususnya bagi mereka yang sudah benci.

Ali Abi Talib diriwayatkan berkata :

أقضوا ما كنتم تقضون فإني أكره الإختلاف حتى يكون للناس جماعة

" Putuskanlah hukuman mengikut apa yang telah kamu biasa putuskan, sesungguhnya kau tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh tersu berada di dalam satu jemaah (Tarikh Baghdad, 8/42)

Ahmad Bin Hanbal berkata :

لا بنبغي للفقيه أن يحمل الناس على مذهبه ولا يشدد عليهم

Ertinya : Tidak sewajarnya seorang ahli Fiqh, mendorong orang ramai kepada pegangannya dan berkeras atau memaksakannya (menerima pandangannya) ke atas orang ramai

Benar, perbalahan sesama kita hanya menyebabkan kita letih di pertengahan jalan, kerja gagal dijalankan, imej Islam pula yang menjadi semakin buruk. Kerana itulah ulama haraki seperti Imam Hasan Al-Banna menyarankan agar kita maju ke depan dengan tugas dan usaha masing-masing, lalu satu kaedah yang amat baik dari Syeikh Rashid Redha dicadangkan :

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما نختلف فيه

Ertinya : "Kita bekerjasama dalam perkara yang telah kita sepakati, dan saling menguzurkan diri dari perkara yang diperbezakan"

Akhir sekali, HENTIKANLAH berbalah, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan tangkap menangkap disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang berkelayakan. Ia mencemar imej Islam dan menjatuhkan keyakinan mad'u kita yang sebenar kepada Islam.

Firman Allah :-

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Ertinya : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al-Anfaal : 46 )







   Nukilan;

** `SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL~




+


 




oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"






   Nukilan;

** `BUKAN MUDAH UTK MENJADI PEMERINTAH YG ADIL...~

Hendak berlaku adil dalam pemerintahan bukanlah mudah. Sedangkan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka. Dalam pengalaman sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka. Apakah anda suka kiranya jawatan memerintah itu membukakan pintu neraka untuk anda?. Tidak, bukan?. Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya anda tercalon untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit pemimpin yang berjaya jadi adil.

Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit. Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur. Umpamanya, apakah kita mahu berebut untuk panjat pokok kelapa. Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega. Demikianlah utuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.





Apa pendapat anda?..






   Nukilan;

** `BAGAIMANA KERAJAAN BOLEH MENINGKATKAN NILAI RM BERBANDING MATAWANG DUNIA.....?~






Bagaimana kerajaan boleh meningkatkan nilai RM berbanding Matawang dunia.....?



Kadang2 rasa agak kecewa dengan nilai RM terlalu rendah berbanding matawang dunia spt AUD, Singapore dollar, EU, Pound sterling dan Yen....



AUD 1 = RM 3.2
Singapore Dollar 1 = RM 2.5
EU 1 = RM 5.1
Pound Sterling 1 = RM 5.7



Adakah matawang RM menurun....?



Jika diperhatikan beberapa bulan lepas, AUD 1= RM 2.6
ttp sekarang ini, telah melebihi RM 3. Adakah
a. ekonomi m'sia menurun dan ekonomi Australia stagnant?
b. ekonomi m'sia stagnant dan ekonomi Australia meningkat?, atau
c. ekonomi m'sia menurun dan ekonomi Australia meningkat?



Saya berpendapat, nilai ringgit yg rendah banyak merugikan rakyat berbanding nilai ringgit yg tinggi....


Sebagai contoh:-


A. Pelancongan

Terasa amat mahal sekiranya ingin melancong ke negara2 maju. Kalau pergi bersendirian, bolehlah.
Rata2 ingin membawa keluarga.
Bukannya tidak mahu melancong dlm negara.
Sesekali ingin juga melihat bagaimana kehidupan rakyat negara2 maju dunia.
Bagaimana kehidupan seharian mereka yg baik boleh dipratikkan di negara sendiri.
Untuk membayangkan kehidupan mereka tidak cukup hanya setakat membaca, kita harus juga melihat.
Malangnya pertukaran wang RM kepada matawang asing ini membantutkan rakyat Malaysia untuk melancong.
Setakat ni, Air Asia dan MAS telah banyak menolong rakyat dengan mengenakan kadar tiket yg rendah.
Harga tiket yg rendah tidak mampu untuk menarik lebih ramai pengguna MAS ataupun Air Asia, ini disebabkan perbelanjaan harian yg mahal di negara-negara spt Australia, New Zealand dan negara maju yg lain.


Sebagai perbandingan,
studio unit di Hotel Legend Goldcoast berharga AUD 110 semalam. Sekiranya nisbah 1:1 diambil kira, harga hotel tersebut amatlah murah. Lebih murah dari Hotel Seri Malaysia. Disebabkan currency exchange, maka semalam di hotel legend goldcoast menjadi RM 352. Dgn harga RM350, lebih kurang harga bilik di ParkRoyal Hotel KL.


Disebabkan RM rugi dlm currency exchange maka tidak ramailah rakyat malaysia dpt melancong ke negara2 maju dunia. Dan pepatah melayu seperti " Jauh perjalanan, Luas pemandangan" tidaklah ramai rakyat malaysia dapat menikmatinya.


B. Perindustrian.

Sekiranya matawang RM tinggi nilainya, maka harga import barang2 seperti precision equipment dari negara2 EU akan jadi murah.
Secara tidak langsung, mungkin ramai rakyat malaysia akan mendirikan kilang yg menggunakan sistem robotics berbanding sekarang, di mana sekarang ni menggunakan cheap labour.
Dalam jangka masa panjang, perindustrain Malaysia akan beransur-ansur ke arah peridustrian tinggi bukan lagi berdasarkan cheap labour. Ini akan mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap buruh2 asing dari Indon, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan negara dunia 3 yg lain. Lagipun, Malaysia mungin tidak dapat mampu terus bersaing dengan negara Vietnam ataupun Cambodia... di mana kos buruh di sana amat murah berbanding Malaysia. Dengan penggunan teknologi tinggi, kebarangkalian gaji perkapita rakyat Malaysia akan meningkat.


C. Harga Petrol

Dengan nilai matawang RM berbanding USD, secara tidak langsung akan mengurangkan harga subsisi kerajaan. Lebihan duit, bolehlah k'jaan menggunakan untuk pembangunan negara.

Peningkatan nilai matawang RM tidak akan merugikan rakyat. Harga sekeping roti canai, susu dan bahan mentah yg lain masih lagi sama. Tidak akan ada peningkatan harga. Harga nasi lemak masih lagi RM2, teh tarik masih RM1....


Oleh itu, k'jaan perlulah menaikkan nilai matawang RM berbanding matawang dunia asing.






   Nukilan;

Monday, November 9, 2009

** `BLOG BEKU...~


Frozen!!!......haha


Oh my god...
Sgt2 la busy skrg ni.. X ada masa nk check2, update2, upload2...
So tired n quite bored. Tolonggg sayeee.....






   Nukilan;

Friday, July 31, 2009

** `BELI PISTOL??...~


Fuiyyoooo.....





Adik : "Kak Ayu, kat sini ada jual pistol?".
Saya : "Pistol? Nk buat apa?"...(tanpa mjwb ptnyaan'y)
Adik : "Saja tanya.. ada tak?"
Saya : "Ish awk ni. Kakak ayu x tau. Pistol x blh beli suka2".
Adik : "Nak kena ada lesen kan?"...(jwpn bdk drjh 4..blh tahan..)
          "Ckin nk beli yg mainan punya..utk lakonan. Kisah Leftenan Adnan"..
Saya : "Ohh...hmm btl ke?"
Adik : "Ye..btl la".

Alahai...saya igtkan knpa la dia tanya ttg pistol tiba2.. Blik sek je trs tanya. Kisah ni blaku kelmarin. Malamnya ayu pn bawa dia gi beli pistol.. Org kat kaunter kedai kerut dahi bila tgk seorg perempuan besar(dewasa) n seorang lg budak.., beli pistol. Smbil kerut dahi sambil senyum.. Ahh biarlah dia nk fkr apa pn. Yg pntg tu cuma pistol mainan. Bkn betul pun.. x memudaratkan sesapa pn.. beli pn kat kedai 2 ringgit. Smpai rmh ckin smbung blajar. Katanya sok nk kena bawa byk buku. "Sok sume buku teks nk kena bawak. Ckgu nk check." Hmm yela.. Ayu check. Mana yg x elok sampul semula.

Tiba hari soknya, mmg byk brg yg dia bawa. Kesian.. dh la kurus, bawa buku menimbun. Nk agkt beg berisi buku teks pn mcm nk tumbang.. buku2 lain lg, bekal, baju n brg2 utk lakonan..akhr'y dia letak blik bekal kt meja makan. X nak bawa katanya. "Berat!!"

Blik dr sek pg trs cari Ayu.
Adik : "Kakak Ayu, hari ni x nk gi sek agma la.., penat."
Saya : "Penat sbb apa plk?"
Adik : "Td kat sek buat byk benda. Lps tu tlg ckgu agkt2 brg nk pndh kls.."
Saya : "Yeke?..hmm x pe. Msh ada masa lg kn?. Awk gi rht dulu, gi tido.
          Dlm kul 2 atau 2.15 kakak ayu kejut, awk siap2 la gi sek agma..k"

Serta-merta muka dia brubah.
Adik : "Ckin penat la..."
Saya : "Penat rehat la dulu.. X blh la x gi sek.. kena gi blaja.
          Lgpun klu ayh tau ayh msti marah.."

Dia trs bgn keluar dr blk ayu. Marah betul gayanya bila ayu suruh dia gi sek. Dia trs call ayh, mngadu. Ayu dpt dgr ckt2 je dr dlm blk.

X lama lps tu ayh call hs ayu.
Ayah : "Ayu, td ckin tepon ayh..dia kata xnk gi sek agma?.."
Saya : "Ha'ah yah.. tp ayu srh dia gi jgk. Ayu ckp klu pnt tido la dlu.
          Nti lewat kul 2 ayu kejut n ayu je yg hntr dia gi sek agma. So
          dia x pyh la naik Cik Mimah."
Ayah : "Hmmm"
Saya : "Ayh ckp apa kt dia td yah?.. ayh jgn la bg dia x gi sek.
          Nnti mkin manja bawak smpai ke besar.. X pela yah eh?..
          Biar je la dia gi sek. Ayu hntr..xpe.."
Ayah : "Tp ayh dh ckp kat dia td..hmm dia mana? Bg ayh
           ckp ngan dia kjap.."

Xlama lps ayh ckp dgn dia kali kedua, dia nangis. Maknanya ayh suruh dia gi sek jgk. Maybe sblm tu ayh bg dia x gi sek sbb dgr drpd citenye nmpk mcm penat sgt2... X lama lps tu bila ayu jengah kat blk, ckin dh tido. Dlm hati, mmg penat.. kakak ayu tau, tp sek ttp sek.. Sorry la dik...

Kul 2.15 ayu kejut dia ssh nk bangun. Yela, baru tido dh kena bangun. Lmbat btl nk tggu siap. Sllu siap bkn main cpt. Muka masam je. Pakai tudung pn x lipat tepi, x mcm sllu. Hmm smpai kelas nnti ok la tu.., jmpa kwn2 hilang la penatnya.. Mmg betul. Ptg kul 6 blik rmh dh ceria...
Hmmmmm............






   Nukilan;

Thursday, July 30, 2009

** `TERSHOPPING PLK.. EHHEHE...~

Semalam.. On d way nk gi blajar, nmpk Mkck Kamala jln masuk kg dia, peluh2 panas smbil bwk barang berat.. Kesian dia.. So tumpangkan dia. "Mkck Kamala, nnti dtg rumah Mkck Idah tau." "Yala2..sy mmg mau dtg sana. Nk balik rumh dulu ltk brg minum2 teh ka kopi ka...haus kan.." ...Mkck Kamala mmg pndai ckp melayu. sikit seleng tu ada lah tp lidah x belit2 so sng nk fhm ckp dia.

Lps hntr Mkck Kamala trs gi rmh Mkck Idah tp bengkel ttp plk. So balik la rmh.. On d way blk rmh t'igt nk beli tudung so plan time tu jgk nk gi beli tudung kat Bukit. Msj umi sbb umi sllu gi Bukit. Umi kata ada, nk kena cari. "Hm..yela." Tbe2 umi ckp, "Nk umi teman blh gak. Lps asar gerak k." X nk nyusahkan umi sbnr'y. Umi blk dr sek sllu lmbt drpd ckgu2 lain. Nk rehat lg.. tp umi x ksh. So bgs la, ada teman. Klu x gi sorg2 jek... Msh kekok lg bila jln dgn umi, lg2 bila bdua je. Tp... buat x tau je la.. Kena biasakan..

Smpai kedai, byk baju cntk2 tp mahal betullah kedai tu. Geram. Biasalah... zaman skrg mana de yg murah.. Tp lps tu jd jgk beli 2 helai tudung.. hmm mahal pn mahal la. Nk gi cr tmpt lain dh penat. Bkn penat apa, penat mata tgk byk benda cntk. Penat mulut lg mntk tawar.. tudung bidang 60 yg kosong x de corak pape....RM 28.90. Mntk tawar dpt RM 22. Sdg'n beli tudung kat Tgkak blh dpt RM 18. Mntk tawar blh dpt RM 16/RM15. Kan beza tu.. Tp skrg Tgkak dh xbyk tudung yg molek2. Klu ada yg bkenan pn jenis kain'y jarang yg amat.

tudung oh tudung.....


Dh puas tgk tudung tgk baju plk.. Ish...tahan...tahan... jgn ikut nafsu... Klu x, hbs duit nnti... Tibe time umi plk tawar menawar..hehe.... Dahsyat jgk umi mntk tawar.. Beli telekung dr harga RM 80 lbh dpt RM 55. Pndai btl umi pujuk.. "Nk buat smbhyg...bg diskaun, dpt pahala tau.."... hehehehe...umi2...

Hmmm x gi blaja, gi shopping plk...
;p.......







   Nukilan;

Monday, July 27, 2009

** `SUNYINYERRR.....~


---Cehh... gmbr entri tak blh tahan...---



Huhh....... Hari ni, esok, lusa, tulat, tulat kpd tulat... senang kata minggu ni..
Sepanjang minggu ni merupakan minggu yg begitu...ergh... x tau nak cakap. Sedihnya bila tinggal dua beradik n (nenek+maid) je kat rumah.. Ayah uruskan bisnes, ibu gi kursus.. Sunyi sgttt rumah ni mlm ni. Ni baru hari isnin.. nk tggu hari jumaat lambat sgtt rasanya sdgkan sblm ni rasa hari blalu cepat je. Ayah mmg sllu busy..so ibu la sllu ada kt rumah. Tp bila ibu gi kursus
ni...rasa mcm....ish x tau la nk ckp mcm mne lg.. Sunyinye bu...x ada semangat nk buat apa pun.. Nasib ckin x mcm2 hal..
Ni td dia ttido kt ats meja study plk.. Bila ayu kejut srh basuh muka n minum2 dulu dia trs bangun tp gi kat tilam ayu plk... Pggil byk kali baru dia bangun. Kepenatan la tu.. Tp ayu ckp kat dia, selagi dia x siap homework ayu x kan bg dia tido. Sorry la bu.., bkn nk garang2, tp tegas. Ayu nk dia trs kekal kat kelas p'1. Psl sifir mmg ayu sllu ingatkan dia..

Kire ok lg la... even parents x de kt rumah, x de apa2 hal. Mmg x de hal pn cuma ayu ni je.... xtau nape rasa x de mood sgt nk buat apa pn.. rasa x best sgt sgt sgt sgtttttt bila ibu x de. Dh la ayh sllu x de. Sllu time dua2 ada hjg mggu je. Tp mggu lps ayh ada je kt rmh... rasa best je.. Bila ptg ibu blk keje lg la rasa best. Dua2 ada kt rmh...tp mggu ni?..... Dua2 x de kat rumah... uwaaaa!!.... pakkal je dh besar.. Nk nangis x patut. Skrg ni ayu dh rasa mcm mne sunyi n rindu ayh ibu. Ptut la ayh ibu b'ia2 x bg ayu keje. Klu nk keje just kat area rumah je.. plg jauh kat bndr Tgkak. Klu kt Sagil pn x blh..pada ayh ibu dh jauh sgt la tu.. Umy ckp, "Nnt parents awk demam rindu..."..

Ibu prnh ckp, "Ayh x blh jauh lama2 dgn awk".. Ohhh....rasa tkesan dlm hati.... No wonder la spnjg ayu sek dulu, time ayu dok hostel every week ayh ibu dtg jenguk ayu.. Even time tu fmly dh pindah ke Pahang, still turun Johor. Wlupun ikut way segamat dekat, tp bayangkan klu every week travel gi balik, minyak je dh brape.. tenaga lg, masa lg, penat ayh ibu lg... "Thanks papa.., thanks bonda.."- (pggilan di kala manja)...hehehehehe..... Pggilan papa tu sbnarnya pggilan manja ibu utk ayh tp ktorg adk bradik saje ngikut...lps tu nnt ibu sengih2 smbil tengok ayh n ayh pn sengih2 tgk ibu...ihik2... pggilan bonda plk ayu yg wujudkan sejak msk sek men...ms tu form 1.. Time tu form 1 ada kena baca novel Anak Din Biola. Dr situ la ayu rasa pggilan 'bonda' ni sdp.. lembut je dgr..So ayu pn mula la m'aplikasikannya... sammmpai la skrg... kadang2 bila ayu gi klinik cari ibu, ayu pggil bonda, then kwn2 ibu yg tlg jwb kan.. "Bonda kamu di sini. Bonda?, ni anakanda dtg...".. hehehe.... X pe la. Apa pn yg ayu pggil, ayh+ibu, papa+bonda, ttp x jd mslh.. Ibu pn ada ckp hari tu, ".....,awk pn x lama lg dh nk jd isteri org, jap je lps tu dh nk jd bonda....".. hehehe...malu la ibu ckp gitu... Amin..Amin...

Hmmm pejam celik pejam celik, dh besar dh ayu ni.. Dh 22 thn. Bak kata Mkck Idah, umur dh banyak..hehe... Time sek dulu dok (bak kata org jawa) ngempeng2 je kat ayh ibu.. Time sek arab dulu, tiap2 mggu ayh ibu dtg. Bila pindah Munshi, kena dok asrama lg...pn ayh ibu dtg tiap2 mggu. Ada sekali tu ayh ckp, mulai hari ni ayh akn dtg jenguk awk sebulan skali. Plg kerap pn 2 mggu skali. Tp ayh prefer sebulan skali..coz rumah jauh, awk pn dh besar..x perlu lah ayh ibu dtg jenguk sllu. Dlm hati, sedih btl bila dgr, yela dh tbiasa...asal hjg minggu je mst jmpa parents. Klu parents smpai awal je, gi outing. X ksh la gi mana pn asal kuar...drpd dok melepak m'habiskan ms hjg mggu dgn kwn2 yg kuat tido.. X kan la kwn2 tido kite pn nk tido sama sdgkan biji mate bulat je, x blh nk katop.. Baju outing mmg cpt je basuh. Cpt je gosok n gntung siap2. Dh ready utk every weekend.. Tp.... start ayh ckp nk dtg jenguk sebulan skali, trs x de smgt nk prepair baju outing dh..lps bsh n gosok trs gntung dlm almari, letak plg belakang dgn baju2 yg lain. X de smgt dh..
- 2 mggu blalu, parents x dtg.. "Sedihhh...:'(.."...
Mggu dpnnya, parents dtg.. "Yahoo!!!"...
Mggu lg satu, parents dtg.. "Aik?..tp sgt happy!!"...
Mggu seterusnya n lg n lg n lg, parents dtg.. "Weehooo!!!"...
Dr situ la ibu bgtau yg ayh x tahan rndu. X keruan kt rumah.. Ms 2 mggu xdtg badan ayh panas, ayh demam. Bila dtg jenguk ayu, badan ayh x pns lg. Demam ayh dh kebah.. E'eh...tomey je dgr...alo lo lo... hehehe...

So skrg bl fkr2 blk nape ayh ibu x bg ayu keje jauh, maybe d sbb'n ayh ibu rndu. Biasa la.. perasaan rindu tu biasa bila bjauhan tp bab demam tu yg ayu x blh... prkra ni dh blaku pd ayu so..possible. Ayu dpt rasa perasaan ayh mcm mne. Ayh tegas n agk garang tp hati ayh, lembut sgt.. Ayu ingat bila dh ada adik, ayh x mcm tu lg pd ayu rupanya msh lg mcm tu. Smpai besar ni ha ssh nk dpt keje. Kat Tgkak ni x dpt pn keje. Yg byk pggil, kat KL. Byk yg pggil. Yg dh tlps tarikh interview pn byk. Tp ayh ibu x kan bg punya. Mmg x bg..that's why ayu x gi pn. Tpksa ignore je. Hmm x pe la. Nk buat mcm mne. Buat ms ni ayu dok rmh je n improve ayu pnya kemahiran.. Apa2 yg ayu rasa ayu blh buat, ayu buat. Lgpn, ada hikmah ayh ibu x bg keje jauh. Byk bnda yg ayu tgh blaja n pbaiki dlm hidup sehari2, so ayu plukan backup ayh ibu. Ayu sntse dpt advises..Nk melalui alam r/tangga bkn mudah.. t/jwb makin besar.. Ayu bharap dpt melaluinya dgn mudah..Amiin.. Yg sedih'y, ayu akn bjauhan dgn parents..... tp itu lumrah hidup... .......

Hmm jap je dh kul 11. X sedar...
Huhh... hari pn dh mlm. Ckin pn dh tlentang.. Ayu pn dh ngntuk. Sok, mcm bse la..kna bgn awl. Byk bnda nk buat. Ibu, sunyinya ayu rasa... Cpt la tiba hari jumaat.. Amiin..

.......ZzzZzzZzzZzzZzzZzzZzz.......






   Nukilan;

Wednesday, July 22, 2009

** `MOTIVASI : DATO' DR. MOHD FADZILAH KAMSAH~






'.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja,
hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya
akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria
agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan
orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan
insyallah...'







Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke kilang hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih
kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di
lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' ,
adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk
berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan
merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam
tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang
lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat
nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah
ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang
kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri
yang sebaiknya...


'Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.






   Nukilan;

** `JANGAN TINGGALKAN ZIKIR...~





Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta penuh dengan keyakinan dan keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba- Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 152)

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-'Araaf [007], ayat 205)

Zikir ialah menyebut dan mengingati Allah seperti membaca tasbih ‘Subhanallah’ bertakbir ‘Allahuakbar’, membaca hauqalah ‘Lahaula wala Quwata Illa Billah’, membaca hasballah ‘Hasbiallah’, membaca basmallah ‘BismillahirRahmanirRahim’, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah. Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)

Di samping itu, zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’ .” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Jangan meninggalkan zikir

Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedaran (ingat) kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zikir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).

Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.

Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”

Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), Aku pun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Aku pun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanya sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).

Abdullah bin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (iaitu) orang-orang yang mengingati (berzikir pada)Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 190-191)

Firman Allah yang bermaksud, “Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang.”

Yakni pagi, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.

Antara zikir yang boleh dijadikan amalan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, “Siapa membaca kalimat tahlil: ‘Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: ‘Subhanallaahi wa bihamdih’ sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)

Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: “Siapa membaca: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir’ sebanyak sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: ‘Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

Dari Mush’ab bin Sa’ad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “(Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca.” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah’, ‘Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi rabill alamin’, ‘laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim.’” Lalu kata orang itu, “Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata, yang mana untukku?” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Allahummaghfir li warhamni, wahdini warzuqni.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2318)

Dari Abu Malik Al Asyja'i dari bapanya r.a., kataya: “Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini ‘Allahummghfir li war hamni wahdini, wa aafini, warzuqni.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2319)

Dari Abdullah r.a, katanya, “Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: ‘Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha. wa a'udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba'daha. Rabbi a'udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi a'udzu bika min 'adzabin fi naari wa 'adzabin fil qabri’ dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata ‘amsaina’ (petang hari) dengan kata ‘ashbahna’ (pagi hari).” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2345)

Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)

Kesimpulan

Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal'alamin.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Maka kalau sekiranya dia (Nabi Yunus) bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” (Surah As-Saaffaat [037], ayat 143-144 )








   Nukilan;

** `PERISTIWA ISRAK MIKRAJ~





Perjalanan istimewa Israk Mikraj,
Rasulullah saksikan 10 balasan bakal diterima wanita di akhirat nanti.

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi
Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari
Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin
serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah
Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan
kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah
bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan
yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok
Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari
atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda
kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan
sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan
menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam
yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat
menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh
manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang
kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka
oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta
balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah
bermaksud: ?Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat
(Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di
Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat
Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan
tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan
tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat
sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya
pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam
perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan
berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya
kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga."
Beliau ialah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang
mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat
dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar
dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan
ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba
sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan Allah, dia bertanya kepada
Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi
selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah
adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun
terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya.
Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi
dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah
Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat
patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan
Firaun untuk membunuh Masyitah. Firaun memerintahkan patung lembu itu
diletakkan di atas api sehingga minyak di dalamnya panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam patung lembu tembaga itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun
kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku
kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku!
Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan)
kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan
Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid
dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini
dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa
Israk Mikraj.

Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah
kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang
menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali
mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang
digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah
perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki
lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung
dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak
panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka
menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah
punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah
perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun
dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang
boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk
dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin
suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis
haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri
manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang
berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri
sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti
kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang
suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan
beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar
melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya
dan memfitnah orang lain.

Astaghfirullahal ‘azim…
Na’uzubillah…






   Nukilan;

Monday, July 13, 2009

** `PANDUAN MENGURANGKAN TEKANAN KERJA~





Tertekan?... Atasinya dengan:


1) Berwuduk
Biasakan diri dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.

2) Banyakkan Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka itu kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat duha dan sebagainya memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri kita.

4) Berdoa kepada Allah s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.

5) Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.

6) Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

7) Luahan perasaan
Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini kita dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi kita kepada orang ketiga sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya kita merasakan ingin meluahkan segala isi hati kita yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah kita merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri kita.

8) Inisiatif
Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika kita berada dalam keadaan tertekan. Yakni kita tahu meletakkan situasi diri kita dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah sendiri. Jangan biarkan diri kita berada dalam satu kepompong/kongkongan jika kita menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika kita dalam delima.

9) Melayari Internet
Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web diskusi. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.

10) Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya ketika itu kita dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang amat sukar diatasi. Sebaliknya terletak pada diri kita samada berusaha memperbaikinya atau tidak. Usaha yang gigih beserta kesabaran merupakan jalan penyelesaian yang jitu. Segala kerumitan dan kesukaran akan dapat diatasi jika kita bersikap wawasan.






   Nukilan;
Related Posts with Thumbnails