Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Monday, July 13, 2009

** `PANDUAN MENGURANGKAN TEKANAN KERJA~





Tertekan?... Atasinya dengan:


1) Berwuduk
Biasakan diri dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.

2) Banyakkan Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka itu kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat duha dan sebagainya memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri kita.

4) Berdoa kepada Allah s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.

5) Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.

6) Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

7) Luahan perasaan
Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini kita dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi kita kepada orang ketiga sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya kita merasakan ingin meluahkan segala isi hati kita yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah kita merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri kita.

8) Inisiatif
Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika kita berada dalam keadaan tertekan. Yakni kita tahu meletakkan situasi diri kita dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah sendiri. Jangan biarkan diri kita berada dalam satu kepompong/kongkongan jika kita menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika kita dalam delima.

9) Melayari Internet
Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web diskusi. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.

10) Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya ketika itu kita dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang amat sukar diatasi. Sebaliknya terletak pada diri kita samada berusaha memperbaikinya atau tidak. Usaha yang gigih beserta kesabaran merupakan jalan penyelesaian yang jitu. Segala kerumitan dan kesukaran akan dapat diatasi jika kita bersikap wawasan.






   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails