Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Thursday, July 9, 2009

** `APA SUMBANGAN KITA TERHADAP IBU BAPA?~





Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah
mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan
hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.

Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau
syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat
orang yang derhaka kepada ibubapa.

Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah
bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka
kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan
berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.

Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya
yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu
dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya
sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa
saja yang ada pada kita.

Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh
sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan
penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka
berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh
berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya.

Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah
Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita
terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya,
jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya
jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita
pula.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan
baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah
menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini
perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak
akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka
setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan
sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah
menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah
sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan
bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan
yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.

Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada
ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka.
Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah
seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan
memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."
"Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka.
Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."






   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails