Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Tuesday, July 7, 2009

** `BAGAIMANA KITA BERNAFAS KETIKA TIDUR?~

BAGAIMANA KITA BERNAFAS KETIKA KITA TIDUR, SEDANGKAN KETIKA ITU KITA DALAM KEADAAN BAWAH SEDAR?..





Adakah anda pernah melihat orang tidur, rakan, saudara, anak atau sesiapa sahaja?. Ketika tidur kita sebenarnya perlahan-lahan memasuki alam bawah sedar yang hampir gelap kecuali sekiranya hadir mimpi yang membuatkan tidur kita terganggu. Keadaan ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan fizik. Kaitan dengan bidang ini boleh difahami dengan jelas melalui definisi fizik itu sendiri yang merupakan kajian tentang hubunga jirim dan tenaga. Kita sememangnya terbina daripada jirim dan tenaga, begitu juga dengan alam semesta.

Ketika ahli fizik menemui hukum dan prinsip jirim, tenaga dan hubungan antara keduanya, mereka turut menemui hukum tentang semua fenomena fizik termasuklah cuaca dan Galaksi Bima Sakti yang jaraknya berjuta tahun cahaya. Namun terdapat juga fenomena fizik yang masih misteri seperti lohong hitam dan pernafasan. Inilah bermulanya cerita tentang tidur dan pernafasan yang sudah tentu menpunyai hubung kait dengan fizik. Organisma hidup dikategorikan sebagai paling istimewa kerana perkara asas yang boleh dilakukan, misalnya pernafasan. Tahukan anda bagaimana dan kenapa kita perlu bernafas?. Semua jawapan itu bermula dengan bagaimana paru-paru berfungsi.

Apabila kita menarik nafas, paru-paru akan mengembang dan membuatkan ruang yang lebih besar dalam paru-paru, dengan kata lain, isi padu dalam paru-paru bertambah. Dan apabila kita menghembus nafas, paru-paru mengecut dan isi padu berkurang. Pergerakan paru-paru ini membuatkan udara masuk dan keluar daripada badan. Aliran udara yang berlaku ini sebenarnya mematuhi beberapa hukum fizik.

Hukum fizik: Pergerakan udara disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah perubahan suhu. Berdasarkan eksperimen dan pemerhatian, udara bergerak daripada keadaan panas kepada sejuk dan bukannya daripada sejuk kepada panas. Cara mudah untuk memahaminya ialah dengan memerhatikan pergerakan stim atau wap air. Wap air akan bergerak daripada air yang mendidih kepada udara di sekitar air berkenaan yang lebih sejuk. Namun ini bukanlah alasan mengapa kita menarik dan menghembus nafas.

Sebenarnya tidak ada perubahan suhu yang ketara dalam badan manusia atau hidupan lain. Pernafasan berlaku disebabkan hukum gerakan udara kedua, iaitu perbezaan tekanan udara.

Keadaan apabila sesuatu objek menekan objek lain, dinamai tekanan. Walaupun udara merupakan suatu gas, ia juga boleh ditekan oleh objek lain. Sekiranya ini tidak benar, kita sudah tentu tidak boleh meniup belon dan menjadikan belon mengembang. Dan udara yang bergerak daripada keadaan panas kepada sejuk, juga dikaitkan dengan tekanan. Selain itu, udara juga bergerak daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Apabila kita tidur, paru-paru akan mengembang, tekanan udara akan berkurang dan menyebabkan ruang membesar secara tiba-tiba. Tekanan dalam paru-paru akan lebih rendah berbanding tekanan di luar badan mereka yang tidur tadi. Ini membuatkan udara di luar badan akan bergerak ke dalam badan. Sebaliknya apabila paru-paru mengecut pada isi padu yang lebih kecil, tekanan udara di dalam paru-paru meningkat secara tiba-tiba dan akan menjadi lebih tinggi daripada udara di luar badan. Dengan ini udara ditekan keluar daripada paru-paru membuatkan kita menghembus nafas walaupun ketika tidur. Semua proses ini merupakan prinsip fizik asas yang berlaku walaupun kita dalam keadaan bawah sedar.







   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails