Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Tuesday, July 7, 2009

** `ISI PADU AIR LAUTAN ATLANTIK BERTAMBAH...~







Sebahagian besar isi padu air laut di Lautan Atlantik Utara bertambah sejak akhir 1960-an lagi akibat pencairan glasier dan peningkatan mendakan. Kedua factor ini pula berkait rapat dengan pemanasan rumah hijau yang menyebabkan penambahan isi padu air laut di Laut Artik dan berhampiran dengannya. Dalam masa sama juga, rekod kandungan garam menunjukkan pertambahan mendadak daripada ais yang terapung di laut dan air laut daripada Artik yang mengalir ke Atlantik Utara. Tetapi sehingga sekarang, jumlah dan kadar air sebenar tidak dapat diketahui dengan tepat.

Ruth Curry daripada Institusi Kajian Samudera dan Lohong Hutan (WHOI) dan Cecilie Mauritzen daripada Institut Meteorologi Norway mengeluarkan kenyataan buat pertama kalinya tentang jumlah pertambahan isi padu air laut daripada pemerhatian perubahan kemasinan di Lautan Atlantik Utara. Kajian yang dilakukan turut membabitkan tempoh isi padu tambahan itu mengalir ke Lautan Atlantik dan di mana isi padu lebihan itu disimpan.

Mereka turut melaporkan corak pengumpulan air lebih empat dekad yang lalu dan menyatakan punca kemasukan air penting untuk peredaran air laut dan peredaran haba panas yang berlaku dalam kitaran satu abad. Begitu juga dengan kesan pemanasan global dan pencairan glasier di masa hadapan boleh dikenal pasti pada masa ini.

Cury yang merupakan seorang pakar penyelidik di Jabatan Kaji Samudera Fizikal WHOI dan Mauritzen, seorang ahli kaji samudera di Institut Meteorologi Norway telah menganalisis data yang dikumpul daripada Lautan Atlantik Utara, antara Labrador, Greenland dan Eropah Utara lebih 55 tahun dahulu dan membina sejarah tersendiri bagi ciri lautan seperti suhu, kemasinan, dan isi padu.

Untuk tempoh lima tahun, anggaran jumlah air yang bertambah atau perubahan kemasinan air laut daripada permukaan hingga ke dasarnya dilakukan, iaitu sepanjang tahun 1953 hingga 2002. Mereka turut memetakan peredaran air yang disimpan mengikut lapisan demi lapisan yang dikenal pasti punca pengumpulan berkenaan dan bagaimana ia memberi kesan kepada isi padu lautan. Kemudian mereka menggunakan kadar pemerhatian dan peredaran air laut bagi menganggarkan berapa jarak yang diambil untuk tiba di muara dan memberi kesan kepada peredaran lautan daripada isi padunya yang telah bertambah.

Secara purata setiap tahun yang dikaji, kira-kira 5000 km kubik daripada aliran air Laut Artik ke Lautan Atlantik Utara menerusi fasa timur dan barat Greenland. Penyelidik turut menganggarkan penambahan isi padu air laut daripada jumlah ini sebanyak 19 000 km kubik dan mencair di bahagian utara sepanjang tempoh 30 tahun, bermula 1965 hingga 1995. Manakala lebih kurang 10 000 km kubik pula memasuki system perairan berkenaan pada hujung tahun 1960 membuatkan peningkatan dalam aliran air laut sebanyak 40%.

Sebagai perbandingan, aliran air yang diterima daripada Sungai Missisippi setiap tahun kira-kira 500 km kubik manakala sungai terbesar di dunia, Amazon menyumbang sebanyak 5000 hingga 6000 km kubik setiap tahun.

Selain itu, Cury turut melaporkan pada tahun 1950-an dan 1960-an kemasinan air laut menunjukkan peningkatan pada lembangan di sekitar Lautan Atlantik yang kemudiannya bergerak ke Laut Nordik yang lebih kecil. Antara tahun 1970 hingga 1995, kedua-dua kawasan ini semakin berkembang. Namun penyelidik tidak mengkaji apa sebenarnya yang berlaku pada 1970-an. Kejadian ini dinamakan sebagai “Keganjilan Kemasinan Besar-besaran.”


Daripada pemerhatian dan analisis yang dilakukan ini Cury menjangkakan kemungkinan berlakunya peningkatan isi padu air laut yang mendadak agak tinggi di masa hadapan. Ini berikutan peningkatan kejadian pemanasan kesan rumah hijau dan pencairan glasier. Kebanyakan simulasi computer menunjukkan peningkatan kesan rumah hijau dan larian air sungai pada latitud tinggi di persekitaran Lautan Atlantik. Pergerakan glasier dan aliran air daripada pancairan glasier ini akan menyebabkan penolakan lapisan kritikal lautan yang terdiri daripada air segar lautan ke tempat lain. Fenomena ini seterusnya akan mengurangkan kemasinan air laut dan menjejas kehidupan air laut itu sendiri.




   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails