Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Thursday, October 28, 2010

** `DTaP-IPV/Hib UNTUK BAYI~


Selasa lepas saya bawa baby Asyraf ke klinik untuk check up bulan ke dua. Asyraf kena cucuk lagi. Kali ni suntikan yang diberikan mengandungi gabungan vaksin yang dapat melindungi bayi drpd lima jenis penyakit iaitu:

DTaP-IPV/Hib
(juga dikenali sebagai vaksin 5 in 1)
  • difteria (D)
  • tetanus (T)
  • pertusis (whooping cough) (aP adalah vaksin Pertusis)
  • polio (IPV adalah vaksin polio)
  • Hib (Haemophilus influenzae jenis b)
Vaksin ini adalah untuk bayi ketika berumur dua, tiga, dan empat bulan. Walaupun ia telah diuji berkesan dan dapat menjadi sistem pertahanan yang kuat dlm tubuh si kecil namun ia mendatangkan kesan sampingan. Anak kecil you all mungkin mengalami salah satu effects berikut:

Kesan sangat umum
  • Sakit, kemerahan, dan bengkak di tempat suntikan.
  • Cepat marah dan peningkatan menangis.
  • Demam.
Kesan biasa
  • Hilang selera makan.
  • Cirit-birit.
  • Muntah.
Jarang berlaku
  • Kejang+demam.
  • Floppiness.
Sangat jarang berlaku
  • Demam tinggi (lbh dari 40.5'C).

Saya difahamkan mulai tahun ini (2010), suntikan ini dimulakan. Sebelum ini suntikan yang diberikan adalah berasingan. Bagus juga. Tak ada la anak2 kita dicucuk banyak kali untuk vaksin berbeza.. dan dapat kurangkan kunjungan kita ke klinik. Walaupun ia 5 in 1 tapi vaksinnya sedikit je dan syringe pun kecikk je. Tomey...
-vaksin sebenar berwarna putih-

Mungkin sebab itu suntikan ni diberi tiga kali pada waktu yang berbeza.


Kesian Asyraf, kecik lagi dah demam. Panas badan dia. Moga Allah pelihara Asyraf dan Asyraf cepat baik ye sayangg... Ameen.....






  Nukilan;





No comments:

Related Posts with Thumbnails