TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, October 13, 2010

** `WELCOME SAYANG..... :) ~

Seronok rasanya bila dah jadi ibu. Saat2 nak bergelar ibu memang tak boleh dilupakan.. sentiasa segar dalam ingatan ni. Rasanya nak ulang semula waktu tu, nak rasa banyak2 kali pun tak apa.. :) First time experience memang manis... dan next2 experience juga insya-Allah... :)


Tarikh yang ditetapkan untuk bersalin sebenarnya pada 10/9/2010, hari pertama raya tapi unplanned... saya bersalin 2 minggu awal. Tu la.. meghenyah kata orang. Dah 8 bulan pun still cool naik Cameron jalan2 turun naik bukit. Sampai mengah2 tapi buat2 maintain gitu.. hehe

Lepas dua minggu puasa, terus stay rumah parents. Saya mintak nak stay lagi seminggu dengan hubby tapi hubby cakap risau kalau dalam tempoh tu saya bersalin. Hmm memang betul cakap hubby... Dulu masa awal2 pregnant pun macam tu. Pergi check kat klinik sana sini semua doktor kata saya gastrik la itu la ini la sebab belum sebulan pun kawin.. so doktor tak espect saya pregnant.. tapi hubby cakap yang dia yakin dah ada baby dlm perut. Bila check sendiri guna pt memang betul. Pergi scan bulan depannya dah 8 minggu.

Balik pada story tadi, saya tak mind-prepared pun akan bersalin awal. Siap plan dgn hubby hujung minggu nak window shopping barangan baby. At last, dah burst dulu. Time tu...

27/8/2010 : 3.40 am - Saya bangun nak ke toilet. Mood slow je time tu sbb mengantuk. At that time saya dengar n rasa bunyi 'pop'. Saya keluar dari toilet n duduk slow2 je atas katil. Then, segumpal demi segumpal air keluar. Masa kat toilet dah keluar tapi beberapa titik je. Saya pun call ibu, malas nak jerit2.. padahal bilik depan2 je tapi ibu tak angkat. Call ayah pulak. Ayah angkat. Saya bagitahu ayah, ayah cuak betul dengarnya... Bila ibu masuk bilik muka ibu deeekk je. Ibu cakap air ketuban dah pecah, slow2 nanti akan mula la rasa sakit (contraction), so rest je, siang sikit nanti baru pergi hospital. Dada ni dah dup dap dup dap... cuak nak rasa contraction. Saya call hubby pulak. Punya la terkejut bukan main. Satu jam lepas saya call hubby pun sampai. Bukan main punya pecut. Sampai je hubby terus packingkan baju saya n baby untuk kat hospital.

Pukul 7.30 am tu saya dah mula rasa sengal2 pinggang tapi biasa je lagi. Then pukul 9.30 am rasa sengal dah mula sakit. Time tu rasa takut tahap kritikal. Bukan takut apa.. takut nak rasa yang lebih sakit. hehe...
Sepanjang tempoh tu saya baring je. Semua suruh saya rest so saya pun rest la habis2. Makan sarapan pun berhantar. Selera makan 100% dah tak ada tapi paksa diri untuk makan. Ibu n hubby paksa2 makan takut tak ada tenaga nak teran nanti.

11.40 am baru gerak ke hospital dengan hubby n ibu. Sampai sana check itu ini, hubby pergi daftar siap.. doktor kata baru bukak 1cm, tapi dah nampak rambut baby. Suka sangat bila doktor bagitahu macam tu tapi cuak tu tetap ada. Then masuk ward time tu nak tidur tapi selagi ada makanan kena paksa makan. "Makan, selagi masih boleh makan ni makan banyak2. Takut tak ada tenaga nanti nak teran". Ayat ni la saya dengar berulang2 kali... N nak hilangkan rasa berdebar saya borak2 n ketawa2 dengan ibu n umi. Then borak dengan hubby, sampai tak ada topik nak borak kami main senyum2, sengih2.. dalam hati ni istighfar n selawat berulang kali... tak lupa.... Sampaikan ibu cakap kat saya, "Sekarang ni boleh senyum... senyum puas2. Nanti bila dah sakit senyum dah tak nampak dah....." hehehe... memang betul. 

Lepas azan maghrib, hubby cuma berbuka makan roti jek. Then hubby balik rumah parents. Geram n sedih sebab hubby tak dapat teman. Dah request nak stay kat 1st class tapi dimasukkan ke 2nd class. Alasan diorang bilik masih ada orang. Kalau yang kosong pun air-cond rosak. Tu yang diorang bagitahu kat hubby. Apa yang diorang bagitahu kat saya n ibu pulak, sape2 yang tunggu masa je nak bersalin memang akan diwardedkan ke 2nd class sbb senang nurse2 nak pantau. Macam la kat 1st class tak boleh nak pantau padahal same level je apa yang payahnya?... Hmm.....

Pukul 8.20 pm doktor check, masih lagi 2cm. Sebelum tu, petang tu doktor ada check dah 2cm, tak berganjak sampailah malam. Makin lama saya rasa makin sakit.. dah mula rasa tak tahan... Sampailah nak ke tengah malam.. Fuhh time tu memang dah tak mampu senyum dah... Tengok orang pun dah tak nampak. Nasib baik tengok nurse nampak lagi.. hehehe... Bila ada je nurse masuk saya cepat2 bagitahu yang dah sakit sangat. Bila check....... baru 3cm..... Ya Allah... 3cm dah sakit macam ni. Belum lagi nak ke 10cm. Saya tawakkal je banyak2. Tak lama je lepas tu nurse datang lagi bagitahu doktor panggil, dah boleh ke labour room. Dah boleh call suami minta datang. Saya apa lagi, cepat2 capai hs. Sempat lagi jeling kat jam, pukul 11.10 pm. Tak lama lepas saya sampai ke labour room hubby pun sampai. Saya sempat senyum kat hubby tapi lepas tu terus tak fokus kat sape2 dah. Mengiring je... meringkuk macam udang tahan sakit. Tak sangka memang sakit... tuhan je yang tahu. Sampai menggigil2 dibuatnya. Hubby cuba tenangkan saya tapi apa yang saya rasa time tu hanya sakit! Tak rasa dah hubby pegang saya. Makin lama contraction makin kuat n kerap. Rasa macam nak berlari je keliling wad tu biar cepat bersalin.. hehehe... Dalam tempoh tu ada nurse datang bagi injection tu pun dah tak rasa apa2. Tiga kali saya minta hubby panggil doktor tapi doktor kata belum lagi. Even sebelum tu doktor dah check, 4cm dah. Punya la tak tahan... Kali ke dua panggil doktor kata dah 9cm. Ya Allah, lama lagi ke nak ke 10cm ni?... Kali ke tiga panggil barulah doktor kata ok. "Ready.. dah boleh dah" katanya. Then ada nurse terangkan n ajar cara nak teran. Semua staf tumpu kat saya tapi saya relax je sampailah contraction datang semula. Maka, proses meneran pun bermula... ehehe....

28/8/2010 - Akhirnya pada jam 2.45am Asyraf pun lahir. Nurse letak Asyraf atas perut. Purple satu badan. Saya ucap salam kat Asyraf, saya pegang n usap2 tangan dia yang kecik tu... Menangis juga akhirnya saya... Terharu selamat melahirkan, dah jadi ibu, n dapat anak yg comel... Hubby usap2 n cium saya then dia pun keluar sbb nurse suruh tunggu luar. Asyraf pun dibawa keluar, nak dibersihkan dan diazankan. Lepas siap semua, nurse bagi saya minum milo. Lepas tu nurse bawa semula Asyraf kat saya suruh susukan Asyraf. Lepas tu, saya pun siap2 utk dibawa semula ke ward. Sepanjang jalan nak ke ward Asyraf celik je, dengan mata dia yang kecik tu alahai... senyap je dia... memang dia tak menangis dari lahir tadi. Masa dibersihkan je menangis sbb sejuk. Masa baru keluar Asyraf cuma rengek2 tu pun slow, n dua tiga kali je... cute... :)

Sampai je ward, hubby betul2 excited. Ambil gambar, rakam Asyraf tengah tido n duduk je tengok Asyraf tak sudah2. Yang Asyraf pun sama, tengok je walid dia tak kelip2. Lama sangat adegan tu berlaku... hehe.. sampailah Asyraf tertido.
Pukul 6.45 am hubby pun balik rumah. Kesian hubby tak sahur, tak tidur dari malam sebelum saya bersalin, mandi tak tentu, rehat tak tentu... Tapi hubby tak kisah langsung. Pukul 7.15 am ibu n kakak datang, bantu saya urus diri. Sebenarnya boleh je jalan cuma masih tak berapa kuat. Mandi pun lemah je badan. Umi pun datang... siap sapukan minyak panas. Memang panas betul. Rasa macam kulit ni sopek2... Tak lama lepas tu baru ayah n adik datang. Saya harap sangat hari tu boleh balik tapi esoknya, Ahad baru boleh balik sbb kena tunggu Asyraf berak n kencing baru boleh balik. Lama jugak duduk kat hospital nih..

Apa pun, syok jugak la duduk hospital sbb akak kat sebelah katil ni rajin borak.. lawak2 pulak tu.. bertakung2 air mata ni gelak2.. yang lain pun ok.. best la... Nurse2 pun ok. Ala tu pun bila diorang tahu saya ni anak matron. Kalau tak layanan atas sebab saya ni patient 1st class jek.

Kesimpulannya, cehh macam nak buat essay pulak... tak susah nak lahirkan Asyraf. Ramai yang tanya saya sakit tak bersalin, saya jawab tak. Cuma contraction je sakit.

Anakku Asyraf, kali pertama bonda letakkan Asyraf rapat dengan bonda, bonda dapat rasakan satu ikatan kasih sayang yg cukup kuat antara Asyraf dengan bonda. Masa tu baru bonda tahu dan faham perasaan ibu2 lain kat dunia ni terhadap anak2 mereka. Bonda ni jenis hati tisu. Mudah terharu dan menangis. Bila kenang semula saat melahirkan Asyraf mengalir air mata bonda. Walid la penguat semangat bonda. Walid buat bonda rasa kuat dan dapat bertahan sepanjang sakit contraction. Alhamdulillah, Allah juga bantu bonda.. Bonda hampir nak menangis sebab tak tahan sakit tapi walid pujuk dan tenangkan bonda. Walid cakap bonda akan lahirkan seorang bayi yang comel.. Nak jadi ibu perlu kuat. Itulah yang buatkan bonda jadi kuat semangat. Walid memang supportive.. Sampailah selesai bonda melahirkan walid tetap di sisi. Bonda peluk dan cium Asyraf berkali2. Bonda ajar Asyraf minum susu tapi Asyraf tak pandai minum lagi... Bukak mulut pun bonda yang bukakan. Apa yg Asyraf tahu cuma tengok je bonda tak kelip2. Sampai sekarang bonda dan walid seronok bersama2 dengan Asyraf. Apa2 yang kami buat semua kerana Asyraf dan kami akan ingat Asyraf. Sebelum Asyraf lahir walid cepat2 balik dari kerja sebab bonda. Sekarang walid cepat2 balik dari kerja sebab Asyraf dan juga bonda. Bonda gembira dengan kehidupan sekarang.

Asyraf, ketahuilah... bonda dan walid sentiasa jaga dan didik Asyraf dengan sehabis baik. Moga Allah bimbing bonda dan walid dan permudahkan jalan dalam usaha membesarkan dan mendidik Asyraf. Bonda mahu Asyraf jadi anak yang soleh dan bijak, taat pada Allah dan agama. Hormat dan kasih pada walid dan bonda. Baik pada orang2 di sekeliling, dan seluruh kehidupan Asyraf adalah mulia semulia namamu, Muhammad Asyraf Uzayr.
Bonda dan walid sangat sayangkan Asyraf... :))

...Cukuplah setakat ni... :)






   Nukilan;

6 comments:

Momma Mia said...

Tahniah sis!!!
Touching kan bersalin nih... emo jap!hedsfers

NuZmEEn'S said...

Terima kasih momma mia.....
Betul2... time tulis entry ni pun emo sorang2... hehehe

Silent Walker said...

ur cute baby lahir sama tarikh dengan i...wa...excited ne...sy 28.08.1990...fuh...lari 20 tahun...touching aku....

NuZmEEn'S said...

waa... blh la celebrate bday sama2... Ni dah lari 20 thn pangkat akak ke makcik? ekekeke~
relax... jgn touching.. nak tisu ke? hehehe...

Silent Walker said...

jd mak cik la gamak nyer... tak pe, mak cik pown mak cik ler...cool ape kan3...hehehehehe

NuZmEEn'S said...

"hye makcik"....
hehehehe
cool2...

Related Posts with Thumbnails