TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, June 17, 2009

** `ANDAI TERLAJAK LAKU~







SEBAGAI manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terutama dengan orang sekeliling. Kadangkala tanpa sedar kita telah melukakan hati ibu bapa, suami, dan anak-anak. Ada ketikanya dalam bergurau senda, kita tidak sengaja telah menyinggung perasaan teman-teman sekerja dan orang lain di pejabat.

Namun andai terlajak laku, segeralah kembali ke pangkal jalan. Maka sebab itu amat penting bagi kita bermuhasabah atau menilai diri agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Itulah juga yang kerap disarankan al-Quran, antaranya seperti firman Allah dalam surah al-Hasy:18 yang bermaksud,
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang telah dia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (akhirat). Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu lakukan.”
Tidak dinafikan, setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Namun selaku orang Islam yang insaf, kita harus bertaubat dan mengubah diri. Itulah proses pembelajaran yang terbaik.

Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, al-Darimi dan Ibnu Majah yang bermaksud, “Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang sentiasa bertaubat.”








   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails