Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, June 17, 2009

** `INFO KESIHATAN - OSTEOPOROSIS~

OSTEOPOROSIS





PASCA MENOPAUS ANCAM WANITA



1. SAKIT BAHAGIAN BELAKANG
Keretakan acap kali berlaku pada bahagian tulang belakang. Pesakit yang mengalaminya boleh berhadapandengan kejang otot ataupun sakit setempat.

2. HILANG KETINGGIAN
Kehilangan dua inci ataupun lebih daripada ketinggian mungkin bermakna seseorang itu sedang berhadapan dengan masalah retak pada tulang belakang disebabkan osteoporosis. Lazimnya pesakit tidak perasan akan keretakan yang terjadi. Ini kerana kesakitan yang berlaku mungkin tidak keterlaluan. Namun pada masa yang sama, dia akan bertambah sukar untuk membongkok ataupun bangun dari kerusi. Selain itu, perubahan pada ketinggian dan postur juga boleh menyebabkan baju yang selalu dipakai menjadi tidak sesuai.

3. BONJOLAN DOWAGER (DOWAGER'S HUMP)
Keretakan tulang juga boleh membawa kepada penonjolan pada atas bahagian belakang. Fenomena ini dikenali sebagai bonjolan Dowager. Bahagian hadapan vertebra yang nipis roboh sekali gus menolak kepala ke hadapan. Ini memendekkan bahagian dada serta mengurangkan kemampuan paru-paru pesakit. Memandangkan ia mengambil masa yang lama, pesakit mungkin tidak sedar ia berlaku.






   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails