Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, June 17, 2009

** `ZIKIR RINGANKAN BEBAN~





Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Abu Hurairah, katanya, sayidatina Fatimah meminta seorang pembantu daripada bapanya, Rasulullah, dan mengadu beliau terlalu penat bekerja. Jawab Rasulullah: “Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.”
Dalam Islam, wanita tidak bertanggungjawab mencari nafkah. Hal ini demikian supaya isteri dapat mencurahkan sepenuh perhatian kepada urusan rumah tangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Menjaga rumah tangga adalah urusan isteri. Hal ini ditegaskan Rasulullah seperti sabda baginda dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim:
“Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.”
Tugas sebagai isteri, ibu, dan pekerja tidak dinafikan mengundang penat dan keletihan. Rasa penat dan letih jadi bergandaan apabila pasangan dan anggota keluarga lain enggan membantu. Apatah lagi tidak semua keluarga mampu menyediakan pembantu bagi meringankan kerja rumah. Jadi mahu tidak mahu, suka tidak suka, semuanya harus dilaksanakan seorang diri.

Justeru, amanat yang disampaikan Rasulullah ibarat petua yang berguna untuk para isteri. Mengapa zikir? Kerana dengan menyebut nama Allah, dengan berzikir, jiwa pasti tenang, segala keserabutan akan hilang dan keletihan akan reda. Malah melalui zikir, para isteri Insya-Allah dilimpahi rahmat dan keberkatan.








   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails