Org beriman ketika mendapat pelbagai kenikmatan dia bersyukur pada Allah yg mengurniakan nikmat itu.Bersyukur bermaksud memuji Allah yg memberi pelbagai kenikmatan dan kebaikan, termasuk rezeki makanan dan minuman yg diambil setiap hari.
Tetapi sekadar memuji Allah menerusi lisan, belum memadai. Ramai juga yg memuji Allah dgn lidah hanya ketika mendapat nikmat. Malangnya, pada masa yg sama masih bergelumang dalam kemaksiatan.
Drpd Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-Nya yg mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) slps makan dan minum." (Riwayat Muslim)
Syukur mempunyai syaratnya iaitu:
1. Mengakui nikmat itu dgn hati.
2. Mengucapkan dgn lisan iaitu mengucapkan Alhamdulillah.
3. Menggunakan nikmat itu utk melaksanakan ketaatan kpd Allah.
Yg jelas, syukur itu berkaitan dgn hati, lisan dan anggota badan. Segala nikmat itu dtgnya drpd Allah, bukan drpd yg lain. Oleh itu, gunakan nikmat allah ke jln yg diredhai-Nya, bukan utk perkara yg mendatangkan kemurkaan-Nya.
Nukilan;
No comments:
Post a Comment