Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA! Nadi ILmu Amalan Membaca

Wednesday, June 17, 2009

** `HATI ITU RAJA~





KITA selalu teruja melihat seseorang yang berpenampilan menarik dan mempunyai fizikal yang menawan. Tetapi fizikal yang menawan belum tentu menjamin kesempurnaan seseorang. Walaupun Allah menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian tetapi yang menjadikan manusia lebih lengkap adalah hati.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan atau harta kekayaanmu. Sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (Riwayat Muslim dan Tabrani).

Hati manusia bertindak sebagai raja, yang mengawal baik buruk, sejahtera atau sengsara, sihat dan sakit, dan sebagainya. Sekiranya hati baik, maka baiklah seluruh diri.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam jasad manusia adalah segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hati mencerminkan keperibadian seseorang; agen penentu dan tapak iman tempat berkumpulnya segala sifat baik atau tercela manusia. Maka disebabkan itu juga, Rasulullah selalu berdoa, “Ya Allah, Ya tuhanku yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas landasan agama-Mu.”








   Nukilan;

No comments:

Related Posts with Thumbnails