Wednesday, June 17, 2009
** `CARROT?...~
BANTU BUANG ANGIN DALAM USUS
Lobak merah atau Daucus Carota L. dipercayai berasal drpd kwsn Eropah atau barat Mediterranean melalui pemilihan yang dilakukan oleh petani yang menanam lobak kuning.
Kini, lobak merah ditanam di seluruh dunia dan ia lebih digemari berbanding lobak kuning dan ungu kerana rasanya lebih sedap dan kandungan nutrisinya juga lebih tinggi.
Lobak merah mengandungi vitamin C dan beta-karotena yang baik utk kesihatan mata dan kulit yang cantik.
Pokok lobak merah yg tergolong di dalam famili umbelliferae ini biasanya tumbuh tegak dan mencapai ketinggian 20 hingga 50 cm apabila matang.
Ubi atau akar tunjang berisi yang dimiliki lobak merah ini boleh berbentuk kon atau silinder dgn kepanjangan 5 hingga 50 cm dan garis pusat pada pangkal 2 hingga 5 cm.
Dr segi khasiat mkanan, lobak merah boleh dimakan mentah, digoreng buat sayur, dimasak sup, dan dicampurkan dengan lauk ikan atau daging. Ia juga boleh dijadikan jus minuman serta dibuat sos.
Selain itu, lobak merah yang dibuat jus boleh disapu pd tmpat yg t'bakar. Ia jg blh dijadikan tonik umum, tonik perut, dan ubat utk mengeluarkan angin di dlm perut serta usus.
Utk melawaskan buang air kecil, merawat busung, cirit-birit yg teruk dan penyakit ginjal, biji lobak merah jg blh digunakan.
Nukilan;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment